Chadwick Boseman Menerima Pencalonan Postumus Di Golden Globes 2021
Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman yang telah meninggal dunia tahun lalu dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem ‘Ma Rainey’s Black Bottom’ di Anugerah Golden Globe 2021.
Tidak mengejutkan, Chadwick Boseman telah menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem Drama untuk filem ‘Ma Rainey’s Black Bottom’ untuk di Anugerah Golden Globe ke-78. Pencalonan ini adalah yang pertamanya oleh Hollywood Foreign Press Association.
Pelakon yang terkenal melalui siri filem adiwira Marvel, Black Panther ini telah meininggal dunia pada Ogos tahun lalu. Baru berusia 43 tahun, dia telah menghembuskan nafas terakhir selepas tiga tahun mengidap penyakit kanser kolon.
Melalui filem Netflix ‘Ma Rainey’s Black Bottom’, Chadwick memegang watak Levee yang merupakan seorang pemain trumpet dalam filem adaptasi pementasan August Wilson. Filem berlatarkan era 1920-an arahan George C. Wolfe ini turut menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik Filem Drama buat Viola Davis.
Calon-calon lain untuk katergori Pelakon Lelaki Terbaik Filem Drama adalah Anthony Hopkins (The Father), Gary Oldman (Mank), Tahar Rahim (The Mauritanian) dan Riz Ahmed (Sound of Metal). Pengumaman pencalonan edisi tahun ini telah diadakan secara maya dan telah dihoskan oleh Sarah Jessica Parker dan Taraji P. Henson.
Anugerah Golden Globes 2021 menyaksikan filem Netflix ‘Mank’ menerima pencalonan terbanyak iaitu untuk enam kategori. Manakala filem ‘The Trial of the Chicago 7’ juga terbitan Netflix menerima lima pencalonan. Netflix mendapat 42 pencalonan secara kesluruhan untuk kategori filem dan televisyen. Amazon dan Hulu pula masing-masing menerima 10 pencalonan.
Duo komedi, Tina Fey dan Amy Poehler akan kembali penggalas tanggungjawab sebagai hos untuk edisi tahun ini, yang akan diadakan secara maya pada 28 Februari 2021.
Baca lebih lanjut: KARYA SANDRO BOTTICELLI DIJUAL DENGAN HARGA US$92 JUTA
Foto: Getty Images
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?
Woo Jin-yong mengalahkan Jung Hae-min dalam rancangan realiti Netflix Korea, "Physical: 100" dengan cara yang sangat kontroversi!
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
KAPTEN BOLA SEPAK YANG TERSELAMAT DALAM ‘THAI CAVE RESCUE’ MENINGGAL DUNIA
Duangpetch Promthep, kapten kelab bola sepak, Wild Boars yang telah diselamatkan dalam ‘Thai cave rescue’ pada 2018 telah meninggal dunia di United Kingdom.
WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES
Eddie Murphy menyindir rakan pelakon, Will Smith atas kontroversi yang dicetuskannya di pentas Oscar tahun lalu.
TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023
Anugerah Golden Globes 2023 bakal membuat kemunculan semula dengan menyaksikan Tan Sri Michelle Yeoh menepati ramalan menerima nominasi Pelakon Filem Wanita Terbaik - Komedi/Muzikal.
SEGALANYA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI WEDNESDAY MUSIM KEDUA
Pencipta siri Wednesday memaklumkan mereka ingin menerokai lebih banyak lagi mengenai keluarga Addams dalam musim akan datang.