Check-in bagasi lebih mudah dengan Rimowa
Jenama bagasi terulung Rimowa memperkenalkan budaya teknologi baru dalam dunia travel. Kini para pengembara kosmopolitan diberi kemudahan untuk check-in bagasi mereka tak kira pun di mana mereka berada!
Rimowa menawarkan bagasi digital bersepadu yang pertama, yakni RIMOWA Electronic Tag. Teknologi baru ini membolehkan anda check-in melalui app khusus pada telefon pintar anda dan drop-off bagasi ke airport dalam hanya beberapa saat.
RIMOWA Electronic Tag disematkan dalam seleksi suitcase Rimowa. Tag elektronik ini membenarkan data bagasi daripada sesuatu sistem penerbangan dipancarkan terus ke modul data digital, menggantikan label kertas yang biasa digunakan sebelum ini.
Jadi anda boleh check-in bagasi anda dari rumah, hotel mahupun dalam teksi – terpulang kepada keselesaan anda. Setakat ini, teknologi ini disediakan secara eksklusif dengan rakan kongsi Rimowa, yakni syarikat penerbangan Lufthansa. Sistem ini akan sentiasa diperkembangkan ke rakan kongsi global yang lain.
Produk-produk Rimowa yang dimuatkan dengan teknologi baru ini ialah Onyx, Salsa Deluxe, Salsa, Topas Stealth, Topas Titanium, Topas, Bossa Nova and Limbo.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi pautan ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA
Jungjae Lee dilantik sebagai duta global Gucci dan menghiasi kempen terbaru Gucci Valigeria. Mengertikan kembara mewah sebenar.
ALAMI 2 FESTIVAL PALING UNIK DI THAILAND NOVEMBER INI
Thailand yang telah menerima hampir 1 juta pengunjung dari Malaysia sehingga 7 Oktober 2022 akan menganjurkan dua festival unik tiba November ini.
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN
Louis Vuitton hadirkan koleksi Aerogram yang distingtif pada tiap rekaan nyatanya terkandung inspirasi penuh makna dan sarat kegunaan.
KOLABORASI RIMOWA x PORSCHE UNTUK MENYATUKAN KELAS DAN FUNGSI
RIMOWA dengan bangganya mengumumkan debut pertama kolaborasi bersama RIMOWA x Porsche!
PANDUAN DESTINASI KEMBARA 2022 BERDASARKAN ZODIAK CINA ANDA
Bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu Cina, Heavens Portfolio membariskan destinasi inspirasi sebagai panduan untuk pengembaraan tahun ini berdasarkan zodiak Cina anda.
10 DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK UNTUK 2022
Lonely Planet menyenaraikan 10 destinasi pelancongan terbaik untuk 2022 dalam memberikan pilihan yang unik dan baharu untuk merancang kembara anda pada tahun hadapan.