CHRISTIANO RONALDO UNGGULI FIFA AWARDS 2016
Selain dari berita membanggakan tentang kejayaan Mohd Faiz Subri membawa pulang anugerah Puskas untuk Kategori Jaringan Gol tercantik buat Malaysia, antara kejayaan lain yang turut menjadi perhatian adalah kemenangan pemain bola popular Portugal, Christiano Ronaldo yang dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA menundukkan pesaing utamanya iaitu Lionel Messi.
Anugerah ini bagi mengiktiraf pencapaian serta prestasi cemerlang Christiano bagi kelab dan negaranya sepanjang tahun 2016.
Sebelum ini, Christiano memenangi anugerah Ballon d’Or setelah mendapat gelaran ketiga dalam Kejohanan Liga-Liga, menerusi 16 gol yang dijaringkannya bagi 12 perlawanan serta kejayaan yang diraih bersama Portugal dalam Euro 2016, iaitu kemenangan besar yang pertama negara itu.

Christiano Ronaldo mencium trofi kemenangannya selepas berjaya merangkul anugerah Pemain Terbaik.
“2016 adalah tahun terbaik dalam kerjaya saya. Ini adalah tahun paling menyinar buat saya baik dari segi peribadi mahupun di peringkat sukan,” kata Ronaldo sewaktu menerima trofi oleh Presiden FIFA Gianni Infantino.
Berikut adalah senarai calon dan pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan di FIFA The Best Awards 2016 yang berlangsung pagi tadi (waktu Malaysia).
1. The Best FIFA Men’s Player Award (Nominees: Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann and Lionel Messi)
Winner- Cristiano Ronaldo (Portugal/ Real Madrid)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Apakah koleksi terkini? GLAM Lelaki kongsikan tiga himpuna terkini yang wajar dimiliki bulan ini.
BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Dari pentas nyanyian ke kolam renang, Cody Simpson bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel 2022 selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.