DARI STADIUM KE LAYAR PERAK, 5 ATLET YANG KINI BERGELAR BINTANG FILEM HOLLYWOOD
Tahukah anda Jason Statham pernah menyertai Sukan Komanwel untuk acara terjun? Kenali lima bintang Hollywood yang pernah bergelar atlet profesional sebelum terjun ke dalam dunia seni hiburan.
Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan John Cena, dua nama yang cukup dikenali dari gelanggang gusti terus ke pentas Hollywood. Bermula sebagai atlet gusti professional, mereka berjaya menukar profesion mereka sehingga bergelar antara bintang Hollywood yang paling popular hari ini. Dan, tahukah anda Jason Statham yang popular melalui filem aksi seperti trilogi “Transporter” pernah menyertai Sukan Komanwel untuk acara terjun?
Berikut adalah lima bintang Hollywood yang pernah bergelar sebagai atlet professional sebelum terjun ke dunia lakonan: Filem lakonan mereka boleh ditonton melalui laman penstriman utama seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO dan banyak lagi.
Dwayne Johnson

Cr: Netflix © 2021
“Do you smelllll what The Rock is cookin’?!” antara frasa yang paling ikonik dalam dunia sukan gusti profesional. Sebelum bergelar gusti, tahukah anda dia merupakan seorang atlet bola sepak Amerika untuk kelab Miami Hurricanes dan pernah menjuari kejohanan national pada 1991. Mengikuti jejak langkah milik bapa dan datuknya, dia mengertai WWE (atau dikenali sebagai WWF sebelum ini) sebagai penggusti profesional pada 1996.
Dia membuat kemunculan pertama sebagai pelakon televisyen pada 1999 sebagai bapanya, Rocky Johnson dalam siri “That ‘70s Show” sebelum membintangi filem pertamanya iaitu “The Mummy Returns” pada 2001. Terbaharu, Dwayne bersama Ryan Reynolds dan Gal Gadot membintangi filem “Red Notice” di Netflix, serta “Jungle Cruise” bersama Emily Blunt di Disney+ Hotstar.
Baca lebih lanjut: ADIOS, LA CASA DE PAPEL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Dari pentas nyanyian ke kolam renang, Cody Simpson bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel 2022 selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.
WATAK UTAMA BRIDGERTON MUSIM KETIGA DIDEDAHKAN
Siri Inggeris paling popular di Netflix, Bridgerton disahkan akan muncul dengan musim ketiga namun menyimpang daripada turutan cerita asal.
DUTA SELEBRITI LELAKI PERTAMA VICTORIA’S SECRET
Pelakon utama siri komedi Netflix, “Never Have I Ever”, Darren Barnet mencipta sejarah sebagai duta selebriti lelaki pertama untuk koleksi uniseks Victoria’s Secret Pink.
SIMU LIU BERCERITA TENTANG TRAUMA KANAK-KANAKNYA
Bintang Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings, Simu Liu terbuka untuk kongsi tentang memulihkan hubungannya dengan ibu bapa selepas hidup dalam bayangan mereka.
SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU
Garapan stail retro ‘70-an membentuk keseluruhan koleksi kapsul Michael Kors bersama jenama sukan Ellesse. Bakal bertemu peminat fesyen pada penghujung Mei nanti.
GEORGE PÉREZ MENINGGAL DUNIA PADA USIA 67 TAHUN
George Pérez, artis buku komik filem popular Marvel telah menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser pankreas.