ECOTOPIA, ABSOLUTE SIAM & ICONCRAFT: DARI THAILAND KE MALAYSIA
Bermula 28 Februari 2022, Pavilion Bukit Jalil bersama Siam Piwat membuka pintu kepada tiga label eksklusif dari Thailand iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT.
Thailand merupakan antara destinasi paling popular buat pelancong Malaysia. Dan buat yang merindui kesibukan bandaraya Bangkok, bermula 28 Februari 2022 ini Pavilion Bukit Jalil bersama Siam Piwat membuka pintu kepada tiga label eksklusif dari Thailand iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT.
Label ‘Made in Thailand’ ini telah mencipta kejayaan di negara jiran dengan menyaksikan kehadiran lebih sejuta pengunjung setiap tahun. Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT berkongsi ruang seluas 11,000 kaki persegi yang menampilkan personaliti kreatif dan tarikan unik setiap label yang membariskan seleksi produk yang lestari dan mesra alam. Setiap produk yang dijual dihasilkan oleh artisan lokal Thailand pada lokasi stor konsep yang berwarna-warni ini.
Pada 28 Februari 2022, satu majlis pelancaran stor konsep Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT telah diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat dari Kedutaan Diraja Thailand dan juga wakil Siam Piwat yang terbang khas dari Thailand. Turut sama memeriahkan majlis adalah wakil daripada Kuala Lumpur Pavilion dan juga Anggun Kenanga.
Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT mewakili tiga aspek kebudayaan Thai:
Ecotopia fokus dengan menyatukan komuniti yang yang mementingkan alam sekitar dengan kepercayaan “Together, We Co-Create a Better World”. Kolaborasi bersama 12 pereka-ekologi akan menterjemahkan pengalaman membeli-belah eko-sentrik seperti Seasun Society iaitu label penjagaan kulit mesra alam, juga Magfish iaitu label kraf dan seni yang menggunakan bahan kitar semula.
Absolute Siam Store fokus kepada rangkaian fesyen avant-garde yang memberikan platform buat pereka fesyen Thailand untuk mempamerkan kreativiti dan bakat pereka di pentas dunia. Terdapat lebih 60 label fesyen, seni, teknologi, dan gaya hidup yang boleh didapati di stor konsep ini. Antaranya Mahanakon, TA.THA.TA, Coralist, Sue dan Anona yang merupakan pereka fesyen yang terkenal di negara jiran.
ICONCRAFT membariskan seleksi kraf dan seni unik dari Thailand yang dihasilkan oleh 800 pakar kraftangan, pereka dan komuniti lokal untuk mempamerkan seni artisan mereka dalam konsep kontemporari moden hari ini. Dari perhiasan kemas, perabot dekorasi, kraftangan dan artifak kepada wangian serta haruman boleh didapati daripada label seperti Bangkok Baskets dan Kitt. Ta. Khon.
Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT ini menjadi penanda aras kepada Thai Precinct yang boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil dalam memberikan pengalaman kebudayaan dan gaya hidup Thailand kepada pengunjung. Restoran konsep Sukhumvit 38 yang bakal dibuka bakal memberikan pengalaman gastronomi unik oleh cef dengan Michelin Star, juga stor LOHAS, TIANYUE TEAJOY, HOHM, DULUKINI, dan TSUTAYA BOOKS yang akan dibuka buat pertama kali di Malaysia.
Foto: Pavilion Bukit Jalil
Baca lebih lanjut: BTS DAN FREE FIRE BERSATU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MUU BANGKOK HOTEL – DESTINASI PERCUTIAN MEWAH PALING COOL DI BANGKOK
MUU Bangkok Hotel menampilkan ruang penginapan bergaya, kemudahan premium dan lokasi terbaik yang menjanjikan keseronokan metropolitan ibu kota Thailand.
KAPTEN BOLA SEPAK YANG TERSELAMAT DALAM ‘THAI CAVE RESCUE’ MENINGGAL DUNIA
Duangpetch Promthep, kapten kelab bola sepak, Wild Boars yang telah diselamatkan dalam ‘Thai cave rescue’ pada 2018 telah meninggal dunia di United Kingdom.
ALAMI 2 FESTIVAL PALING UNIK DI THAILAND NOVEMBER INI
Thailand yang telah menerima hampir 1 juta pengunjung dari Malaysia sehingga 7 Oktober 2022 akan menganjurkan dua festival unik tiba November ini.
BRIGHT DAN 10 LAGI PELAKON LELAKI THAILAND PALING POPULAR 2022
Bright Vachirawit tersenarai dalam 10 pelakon lelaki Thailand paling popular bagi tahun 2022. Teruskan baca artikel ini untuk kenali mereka.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG THAILAND, BRIGHT VACHIRAWIT
Dengan bakat, stail fesyen dan rupa yang menawan, nama Bright Vachirawit akan terus bersinar terang dalam industri seni lakonan, nyanyian dan fesyen antarabangsa.
KISAH BENAR PENUH DEBARAN, SAKSIKAN THAI CAVE RESCUE DI NETFLIX
Siri Thai Cave Rescue di Netflix adalah karya yang perlu dihormati, menceritakan situasi bencana pada 2018 dari sudut pandangan yang berbeza.