EKSPLORASI DUA RODA
LOUIS VUITTON
Kolaborasi antara Louis Vuitton dan Maison TAMBOITE Paris, pakar pembuatan basikal terkenal sejak 1912 menjanjikan suatu keunikan yang tidak terjangkal dek akal. Kembali memberi interpretasi desain klasik basikal Maison TAMBOITE Paris, seni buatan tangan ini menampilkan bingkai basikal yang diperbuat daripada keluli enamel dan krom, diregang dan dilembutkan, menguatkan basikal dan memudahkan ekspolasri lebih dengan lancar. Ilham signature Louis Vuitton turut tidak ketinggalan seperti desain corak bunga Monogram pada piring engkol, bingkai berbentuk logo ‘LV’, pilihan material kulit untuk alas pelana, pelaras hendal dan kabel semuanya berbalut corak ikonik Louis Vuitton. Jangan terkejut, basikal ini memiliki teknologi keselamatan terbaik kerana sistem pengesanan efektif melalui telefon bimbit. Anda tidak perlu risau lagi basikal mewah ini dicuri. Selain itu, koleksi unik ini juga miliki beberapa pilihan warna mengikut mood dan kegunaan harian anda.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA
Louis Vuitton mempersembahkan restoran pertama dengan sentuhan cef bintang Michelin, Mory Sacko yang terletak di destinasi peranginan ikonik, Saint-Tropez.
BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
Elemen kejutan, intipatinya di luar jangkaan. BLEU DE CHANEL Eau de Parfum aromanya memikat jiwa penuh aromatik dalam tiga dimensi.
BIZ OF RE X PORTLUXE: BELI-BELAH AMAL UNTUK ANAK SENI
Biz of RE X Portluxe membawakan kepada anda pelbagai tas tangan dan aksesori berjenama, membantu mengumpul dana industri Seni dan Hiburan.
FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Apakah koleksi terkini? GLAM Lelaki kongsikan tiga himpuna terkini yang wajar dimiliki bulan ini.
THE KAISER 1000% BE@RBRICK, KOLABORASI TERAKHIR KARL LAGERFELD
Kolaborasi terakhir pereka fesyen ikonik, Karl Lagerfeld bersama BE@RBRICK, patung edisi terhad The Kaiser 1000% BE@RBRICK boleh didapati melalui Archi Luxury Group di Malaysia.
5 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG BINTANG ELITE, MANU RIOS
Dengan bakat, stail fesyen dan rupa yang menawan, nama Manu Rios bakal bersinar terang dalam industri seni lakonan, nyanyian dan fesyen antarabangsa.