Skip to content

ELEVASI KEMANISAN SYAWAL DENGAN ELEVETE PATISSERIE

Kongsikan artikel ini

Dari seleksi biskut raya kepada aneka kek dan macaron, Elevete Patisserie mahu melengkapkan kemanisan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan pilihan pemanis mulut yang bercita rasa tempatan.

Sudah pasti ramai sudah tidak sabar untuk meraikan kehadiran 1 Syawal nanti. Selepas dua tahun, rakyat Malaysia berpeluang untuk pulang ke kampung halaman untuk merayakan lebaran bersama keluarga tercinta. Sebelum pulang, jangan lupa untuk mendapatkan seleksi biskut, kek dan macaron daripada Elevete Patisserie sebagai pelengkap kepada kemanisan perayaan Hari Raya Aidifitri tahun ini.

Kenangan Manis & Roulade Rasa Sayang

Lebaran ini, Elevete Patisserie akan menghembuskan nafas baharu kepada macaron dengan perkenalan ‘Aidilfitri Fatcarons’. Inspirasi diceduk daripada pemanis mulut popular ketika beraya, serta sago gula Melaka, pulut tai tai dan sirap bandung yang memberikan kelainan pada fatcaron ini. Kesemua perisa baharu ini akan ditambah kepada koleksi fatcaron Elevete sedia ada untuk anda nikmati ketika lebaran.

Aidilfitri Fatcarons & Aneka Aidilfitri

Seperti ketupat yang menjalinkan ikatan Hari Raya Aidilfitri, juadah wajib ketika beraya ini turut menjadi inspirasi kepada ‘Kenangan Manis’. Ia merupakan kek chiffon sponge pandan segar dengan kombinasi krim mentega gula Melaka yang menjadi signature Elevete. ‘Buah Tangan’ pula boleh dijadikan pemberian istimewa buat keluarga mahupun sahabat handai yang menampilkan pilihan biskut raya popular Elevete seperti tat nanas, semperit dengan ceri serta Almond London.

Buah Tangan

Dalam memberikan kegembiraan seisi keluarga, ‘Meriah Treasure’ pula menampilkan enam perisa kek yang berbeza, yang dipotong kecil untuk mudah dijamah bersama-sama.  ‘Roulade Rasa Sayang’ turut sama boleh dikongsi dengan kek gulung sponge pandan segar bersama krim mentega kelapa meringue Swiss dan sirap gula Melaka. Jika mahukan sesuatu yang baharu, ‘Bunga Telang Bar’ adalah kek versi kuih kegemaran cef iaitu Pulut Tai Tai.

Bunga Telang Bar & Meriah Treasure

Koleksi pemanis mulut Ramadan dan Raya daripada Elevete Patisserie kini boleh ditempah sehingga 4 Jun 2022 secara atas talian melalui laman rasmi mereka. Pra-tempahan untuk koleksi Hari Raya buat dilakukan di sini.

Foto: Elevete Patisserie

Baca lebih lanjut: 7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TO THE GREATEST HERO IN OUR LIVES

Bacaan Lanjut

7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN

Bacaan Lanjut

LEGO BOTANICAL, HADIAH ISTIMEWA HARI IBU DAN ILHAM DEKORASI LEBARAN 2022

Bacaan Lanjut

SEJUMLAH AKSESORI TERKINI MELENGKAPI GAYA LEBARAN-DARI BALMAIN, PAUL & SHARK & TOM FORD!

Bacaan Lanjut
BUAH TANGAN AMIR MASDI SEMPENA AIDILFITRI

BUAH TANGAN AMIR MASDI SEMPENA AIDILFITRI

Bacaan Lanjut

TIP FESYEN RAYA TERBAIK UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut