Skip to content

#foodgasm2016

Kongsikan artikel ini

April 29, 2016

THE WEEKEND IS HERE!

SUDAH MERANCANG KAFE PILIHAN HUJUNG MINGGU INI? GLAM LELAKI MENCADANGKAN BEBERAPA LOKASI MAKAN SEKITAR LEMBAH KLANG PATUT DIKUNJUNG MENGIKUT GAYA ANDA DAN TEMAN.

KAFE TERBAIK DI TTDI: THURSDVYS

Thursdvys menambahkan lagi kepelbagaian pilihan makanan untuk dinikmati oleh penduduk sekitar Selangor dan golongan pemula kopi. Biarpun Thursdvys sudah beroperasi dua tahun, kafe ini masih mendapat tempat di hati penggemar kopi. Selain seleksi kopi lazat, pelbagai menu sarapan pagi boleh dicuba. Seperti scones (bersama jem strawberi dan krim putar vanila), french toast, salmon eggs benedict, atau smoked salmon & eggs sandwich. Rasai minuman homemade coolers yang sempurna diminum kala makan tengah hari atau sekadar melepak bersama teman.

IMG_0224
Mulakan hari dengan sarapan yang begitu berselera (kiri), ataupun nikmati signature scone dengan jem strawberi dan krim putar, daripada Thursdvys.

THURSDVYS, 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, KL. Waktu operasi dari 8 pagi hingga 11 malam.
instagram.com/thursdvys

BEST PLACE TO HANG OUT & EAT: HUCKLEBERRY FOOD & FARE, BUKIT DAMANSARA

Huckleberry Food & Fare ialah destinasi makan terbaik setakat ini. Ia tidak tertumpu kepada satu jenis makanan sahaja. Menu untuk sarapan pagi, brunch, makan tengah hari, minum petang sehinggalah makan malam boleh didapati. Terletak di Bukit Damansara, menu utama mesti cuba di Huckleberry Food & Fare adalah roti yang diperbuat daripada 100 peratus bahan asli. Terdapat pelbagai jenis roti boleh dicuba mengikut selera anda.

rsz_huckleberry_shakshuka_smallest
Hidangan shaksouka – telur rebus dengan sos tomato berempah – di Huckleberry Food & Fare.
huckleberry_Vanilla-slice2-smaller-300x600
Can you resist?? Vanilla slice sebagai dessert pilihan di Huckleberry Food & Fare.

HUCKLEBERRY FOOD & FARE, 2G & 4G, Plaza, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara. Waktu operasi dari 7:30 pagi hingga 12 tengah malam.
huckleberry.my

KAFE PALING HIP: RIMBA & RUSA

Rekaan dan seni ruang dalam kafe berteraskan konsep kafe Wondermilk. Rimba & Rusa terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara dan majoriti pengunjung menyatakan rasa puas hati mereka setelah mencuba beberapa menu ciptaan Rimba & Rusa. Sweet Tamarind Pan Seared Salmon dan “the best aglio olio in town!” antara menu utama kegemaran ramai – sesuai bagi mereka yang mahukan sesuatu yang segar dan berkhasiat, tak kira pada bila waktu makan sekali pun.

rsz_1img_0225
Aneka pilihan hidangan daripada menu Rimba & Rusa.

RIMBA & RUSA BY WONDERMILK, D-GF-01, Sunway Nexis, Persiaran Surian, Tropicana, Petaling Jaya. Waktu operasi dari 8 pagi hingga 11 malam.
instagram.com/rimbarusa

BEST BRUNCH: FOR GOODNESS CAKES, DESA SRI HARTAMAS

Tercari-cari lokasi baru untuk brunch? Ajak teman anda ke restoran baru For Goodness Cakes berpusat di Desa Sri Hartamas. Restoran ini diasaskan oleh empat rakan karib yang berkongsi minat memasak. Kepakaran memasak mereka boleh dirasai menerusi sajian hidangan yang ditawarkan. Ada pengunjung berpendapat rasa menu yang dijual ibarat masakan ibu sendiri. Mungkin kerana mereka semua memasak ikhlas daripada hati. Hidangan merangkumi sajian untuk makan tengahari seperti sandwich, burger, kari ayam atau ayam panggang. Namun, tarikan utama ialah seleksi desserts – the fudgy brownie is a must-try!

For-goodness_CarrotCakeSlice-omelette-e1461928856460-1024x395
Sajian manis Carrot Cake (kiri), ataupun Stuffed Omelette with Country Bread untuk sarapan yang enak, di For Goodness Cakes.

FOR GOODNESS CAKES, 36G, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, KL. Waktu operasi 10 pagi hingga 4 petang untuk hari Sabtu (tutup pada Ahad). Beroperasi 9 pagi ke 6 petang pada hari-hari lain.

 

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut