Skip to content

Garisan Kayu Nan Elegan 01

Garisan Kayu Nan Elegan Citra Pierre Yovanovitch

Kongsikan artikel ini

Studio reka bentuk yang membawakan kepelbagaian integrasi perspektif asal Perancis, Pierre Yovanovitch Mobilier membentangkan koleksi baharu objek rumah berjudul ‘Midi’. Direka bersama Dior Maison, lantas membuat penampilan sulungnya di St. Moritz, Switzerland.

gambar JULIEN T HAMON & MARION BERRIN untuk DIOR

Garisan Kayu Nan Elegan 05

Pierre Yovanovitch mengasaskan atelier reka bentuk yang berpangkalan di Paris pada tahun 2001. Dikenali dengan estetika signaturnya yang menggabungkan nilai seni tertinggi berunsurkan seni bina dan perabot vintaj, bagi mencipta suasana yang halus namun bersahaja. Projek-projek dalamannya merangkumi dari seluruh sisi lapangan termasuk kediaman, perhotelan dan komersial. Dari penthouse Central Park, ke hotel lima bintang di Paris, juga beralih ke chateau dari abad ke-17 di Provence.

Pada 2021, Pierre melancarkan Pierre Yovanovitch Mobilier sebuah jenama reka bentuk perabot yang menggabungkan pendekatan reka bentuk made-to-measure dengan mendakap seni ketukangan unggul, fabrikasi dan usaha penyumberan yang mampan; di dalam menawarkan perabot dan pencahayaan mewah kepada umum. Dengan ruang pejabat dan bilik pameran perabot di Paris serta di New York City, Pierre Yovanovitch kini mengetuai pasukan lebih 45 kakitangan.

Buat paparan koleksi terkini tahun ini, Pierre Yovanovitch Mobilier dan Dior Maison menampilkan lima belas barang meja atau objek bespoke yang dipamerkan di pameran seni dan reka bentuk Switzerland, NOMAD St. Moritz pada 1-6 Mac lalu. Dinamai ‘Midi’, himpunan objek berprestij ini menyampaikan integrasi hubungan bersama Pierre Yovanovitch dan Christian Dior ke Selatan Perancis dan bagaimana akar umbi Provencal mereka memainkan peranan dalam setiap sisi reka bentuknya. Demikian, menzahirkan kesemua item yang diperbuat sepenuhnya di Perancis.

“Koleksi ini adalah penghubung antara dua kisah,” kata CEO Pierre Yovanovitch Mobilier, Cedric Morisset; kisah kediaman Christian Dior di perkampungan Montauroux, Perancis, Château de la Colle Noire, dan kediaman Pierre Yovanovitch hanya 65 km jauhnya, Château de Fabrègues. “Koleksi ‘Midi’ bukan sahaja mencerminkan hubungan serantau (antara Pierre dan Christian) yang dikongsi tetapi juga kediaman yang menjadi lambang jenama masing-masing,” kata Cedric.

Lima belas barangan yang dipaparkan dalam ‘Midi’ termasuk lampu meja, cermin, kotak cerut, empat dulang hidangan, dua kotak tisu, dua bingkai gambar, dua tempat lilin, dulang perhiasan dan bekas pensel. Setiap item akan tersedia untuk pembelian di kedai Dior terpilih mulai Mac lalu langsung kesemuanya digarap dari kayu oak yang bertujuan untuk memadukan usaha penyumberan yang mampan. Berani untuk mencampur fabrikasi setiap barangan yang meliputi koleksi Midi, material kulit timbul yang menghiasi permukaan dulang atau vide-poches disumberkan dari Itali.

Pautan berkaitan: Keanggunan Nan Agresif

 

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Aiman Hakim Ridza

“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

TIPS UNTUK MEMILIH DAN MENGGAYAKAN FESYEN OVERSIZED

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut
10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023

10 KASUT RAYA PILIHAN GLAM LELAKI 2023

Bacaan Lanjut

#GLFIRSTFESYEN PERTUNJUKAN DIOR MEN WINTER 2023 – LIVESTREAMING

Bacaan Lanjut