Skip to content

#GLFIRSTGAYAHIDUP KUASAI HARI ANDA DENGAN HUAWEI WATCH GT 3

Kongsikan artikel ini

HUAWEI terus mencabar sempadan dengan HUAWEI WATCH GT 3 yang menghadirkan teknologi moden dan terkini untuk menetap standard baharu pada jam tangan pintar.

Bersempena dengan musim percutian hujung tahun ini, HUAWEI memperkenalkan rangkaian audio dan gajet boleh pakai mereka yang terbaharu. Jenama gajet elektronik gergasi itu terus mencabar sempadan dengan HUAWEI WATCH GT 3 yang hadir dengan teknologi moden dan terkini untuk menetapkan standard baharu pada jam tangan pintar. Saya berpeluang untuk mencuba invovasi terbaharu ini selama dua minggu selepas ia dilancarkan di Malaysia.

HUAWEI WATCH GT 3 tampil dengan dua pilihan saiz yang berbeza iaitu 46 mm dan juga 42 mm dan boleh didapati dengan harga pembukaan, bermula serendah RM999. Juga, HUAWEI Freebuads Lipstick dengan desain elegan dan kualiti audio yang sesuai dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang untuk tahun baharu nanti.

 

Sentiasa Berhubung Sepanjang Masa

Dalam mengekalkan komitmen mereka untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna serta membantu memudahkan kehidupan moden hari ini, HUAWEI mahu anda terus kekal berhubung sepanjang masa. Dengan Smart Life Assistant pada HUAWEI WATCH GT 3 ini, anda pasti dapat mengusai kehidupan seharian dengan sokongan Bluetooth untuk menerima mesej dan panggilan terus ke pergelangan tangan. Mudah dan pantas, aplikasi Intelligent Voice Asssistant pula dapat meningkatkan pengalaman anda dengan bantuan arahan suara untuk setiap fungsi.

Revolusi Teknolgi Moden

 

Kini, anda tidak perlu risau lagi untuk sentiasa mengecas jam tangan anda. Kuasa bateri HUAWEI WATCH GT 3 mampu bertahan selama 14-hari untuk desain 46 mm, manakala 7-hari pula untuk pilihan 42 mm. Ia turut dilengkapi dengan terknologi HUAWEI TruSeen 5.0+ yang dikemas kini dalam memberikan bacaan kadar denyutan jantung yang lebih tepat, serta bacaan SpO2 anda. Teknologi terkini ini akan memastikan setiap pengguna untuk mengetahui kondisi diri walaupun ketika tidur.

Rakan Kecergasan Anda

Bukan sahaja sesuai digayakan untuk acara formal atau ke pejabat, jam tangan pintar ini boleh dijadikan rakan ketika bersenam. Ia dilengkapi dengan barisan fungsi kecergasan seperti Intelligent Dynamic Adjustment Plan dan Periodic Training Plan yang akan memastikan anda mencapai tahap senaman dan kesihatan yang diimpikan. Dengan  lebih 100 mod senaman yang berbeza, seperti mempunyai pelatih kecergasan peribadi terus dari pergelangan tangan anda!

Hadiah Elegan Buat Yang Tersayang

Jika anda mencari hadiah yang sesuai buat yang tersayang, HUAWEI memperkenalkan Freebuds Lipstick yang hadir dengan desain elegan penuh sofistikasi. Persis rekaan bekas gincu yang serba mewah, earbud ini akan mempersembahkan kualiti audio yang terbaik dengan terknologi Active Noise Cancellations (ANC 2.0) yang terkini, serta Adaptive Ear Matching (AEM) yang dihasilkan pintar untuk mengikuti bentuk lubang telinga dan kondisi pemakaiain selesa yang menepati keperluan setiap individu.

HUAWEI WATCH GT 3 dan juga HUAWEI Freebuds Lipstick boleh didapati melalui HUAWEI Experience Store, HUAWEI Store Online atau semua platform beli-belah atas talian utama.

Foto: HUAWEI Malaysia

Baca lebih lanjut: LEE DONG-WOOK DAN WI HA-JOON KONGSI PENGALAMAN ‘GILA’ PENGGAMBARAN SIRI “BAD AND CRAZY”

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU

Bacaan Lanjut

PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET

Bacaan Lanjut
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

Bacaan Lanjut

APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU

Bacaan Lanjut
montblanc summit 3

PADUAN TEKNOLOGI DENGAN LEGASI MONTBLANC SUMMIT 3

Bacaan Lanjut