LEE DONG-WOOK DAN WI HA-JOON KONGSI PENGALAMAN ‘GILA’ PENGGAMBARAN SIRI “BAD AND CRAZY”
Dua bintang Korea, Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon berkongsi pengalaman ‘gila’ mereka ketika berlakon dalam siri drama terbaharu, “Bad and Crazy” yang bakal disiarkan pada 17 Disember 2021 di Malaysia, secara eksklusif melalui laman penstriman, iQiyi.
Antara siri yang dinanti-nantikan peminat K-drama di seluruh dunia, “Bad and Crazy” bakal menutup tirai 2021 dengan tayangan perdana pada 17 Disember 2021. Dua bintang Korea, Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon berkongsi pengalaman ‘gila’ mereka ketika penggambaran siri drama terbaharu ini yang bakal disiarkan secara eksklusif melalui laman penstriman, iQiyi.
Ketika sesi sidang media yang dijalankan, barisan pelakon siri ini termasuklah Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon, serta Han Ji-eun juga Cha Hak-yeon sempat mendedahkan rahsia di sebalik tabir penggambaran “Bad and Crazy”. Mereka juga berkongsi pandangan mereka tentang watak masing-masing, juga aspek keserasian di antara mereka di set penggambaran.
Menurut Lee Dong-wook, watak ini menyerlahkan sisi dirinya yang belum pernah dipertontonkan. Dia telah berbincang secara terperinci dengan Pengarah You Soon-dong tentang wataknya dan mendapat persetujuan untuk menzahirkan watak tersebut mengikut caranya sendiri. Wi Ha-joon pula berkata dia memilih untuk menghadapi cabaran dalam babak-babak aksi.
Baca lebih lanjut: 5 PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU KETIKA PENGGAMBARAN ‘HELLBOUND’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SONG JOONG KI AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN AKTRES ITALI
Baru sebulan memperlihatkan teman wanitanya kepada dunia, Song Joong Ki mengumumkan mereka telah pun bergelar suami isteri.
NETFLIX: DRAMA AKSI KOREA TERBAIK YANG WAJIB ANDA TONTON!
Netflix memudahkan penstriman drama aksi Korea epik yang wajib ditonton. Saksikan pelbagai aksi menarik dengan plot yang diluar jangkaan.
LEE JONG SUK KEMBALI DENGAN DRAMA TERBARU BIG MOUTH
Lee Jong Suk tampil beraksi dalam drama korea terbaru Big Mouth. Selain selalu bernasib malang, kini terpalit dengan skandal dadah terbesar.
SELEPAS PARK SEO JOON, LEE JUNG JAE PULA BAKAL SERTAI MARVEL?
Baru-baru ini muncul satu khabar yang mengatakan Lee Jung Jae bakal membintangi filem Marvel, sekali gus mengundang keterujaan peminat.
5 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG BINTANG ‘CARTER’, JOO WON
Dari “The Bridal Mask” kepada filem seperti “Fatal Intuituion” dan “Sweet Sixteen”, Joo Won kini kembali dengan filem terbaharu Netflix yang penuh dengan aksi berjudul “Carter.”
5 SOALAN BERSAMA BINTANG ‘MONEY HEIST: KOREA – JOINT ECONOMIC AREA’, PARK HAE-SOO
Pelakon Squid Game, Park Hae-soo yang bakal menggalas watak Berlin berkongsi pengalaman membintangi siri adaptasi popular Netflix, “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”.