Halloween2016: Celebrity Edition
Setiap tahun menjelang Halloween (31 Oktober), kita cukup tak sabar menanti aksi-aksi golongan gliterati dunia hiburan. Kemeriahannya tidak banyak beza dengan majlis karpet merah: we want to know what the celebs are wearing!
Biarpun Halloween disambut hari ini, Hollywood sudah pun meraikan hari istimewa ini dengan beberapa parti Halloween anjuran selebriti-selebriti ternama sejak beberapa minggu lalu – antaranya majlis Hillarity for Charity anjuran pelakon Seth Rogen, parti Halloween Casamigos Tequila anjuran George Clooney, Rande Gerber dan Mike Meldman, juga parti-parti peribadi Kate Hudson dan Mariah Carey. Namun – yang dinanti-nantikan! – ialah parti supermodel Heidi Klum yang akan berlangsung malam ini.
Jelaslah, golongan selebriti begitu seronok memasang kostum beraneka tema. GL membariskan antara seleksi kostum Halloween yang menarik tahun ini.
– – – – –
Berlangsung dua minggu lalu, Majlis Hillarity for Charity Halloween Variety Show anjuran pelakon Seth Rogen bertujuan mengumpul dana untuk penyakit Alzheimer’s. Di majlis itu, Seth bersama isterinya Lauren Miller tampak comel mengenakan kostum Mario Brothers.
Kostum Mario Brothers antara yang popular menjelang Halloween. Di parti Halloween mereka pula, diva Mariah Carey berkostum sebagai ‘sexy devil’, anak perempuannya Monroe sebagai princess, manakala bekas suaminya, pelawak Nick Cannon dan anak lelaki mereka Moroccan juga memakai kostum Mario Brothers.
Di parti Casamigos Tequila, ada satu lagi keluarga yang cukup sporting menyambut Halloween bersama-sama: supermodel Cindy Crawford, bersama suaminya, Rande Gerber dan anak-anak mereka (kedua-duanya model generasi baru) Presley Walker Gerber dan Kaia Jordan Gerber, tampil sebagai keluarga punk rockers.
Merujuk genre muzik lain pula, DJ Zedd (bersama rakan) hadir di parti yang sama sebagai Daftpunk.
Selain dunia muzik, seperti yang dijangkakan, industri perfileman banyak memberi inspirasi kostum Halloween.
Pasangan pelakon Courtney Mazza dan Mario Lopez menghidupkan semula era disko filem Saturday Night Live.
Penyanyi suara besar, Demi Lovato dan penyanyi/pelakon Nick Jonas muncul sebagai Dorothy dan Scarecrow dari karya The Wizard Of Oz.
Pelakon Scott Eastwood meniru gaya karakter ikonik ayahnya Clint Eastwood dari filem The Good, The Bad And The Ugly.
Pelakon Zach Braff menghidupkan semula karakter ikonik Maverick (lakonan Tom Cruise) dari filem Top Gun.
Atlet Olimpik cukup kontroversi, Ryan Lochte menyelami dunia fantasi pabila hadir sebagai Mad Hatter dari karya Alice In Wonderland.
Dan untuk satu episod siri Scream Queens musim kedua, pelakon Taylor Lautner pula muncul sebagai Ryan Lochte!
Manakala seorang lagi jaguh Olimpik, Tom Daley mewarnakan dirinya hijau untuk muncul sebagai Kermit The Frog dari rancangan The Muppets (bersama bintang Rupaul’s Drag Race, Willam sebagai Miss Piggy).
Turut bertemakan karakter puppet, pengarah, penulis dan pelakon filem Ted dan Ted 2, Seth MacFarlane tampak seronok menyarungkan kostum Oscar the Grouch dari Sesame Street.
Namun, sambil menanti kemunculan Heidi Klum dan para tetamunya pula, GL memilih Top 3 Halloween Costumes 2016 setakat ini. Siapakah mereka?
Tempat ketiga: Katy Perry sebagai calon Presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton (bersama seorang rakan sebagai Bill Clinton). Kekasih Katy, Orlando Bloom, pula dikatakan tampil sebagai Donald Trump versi ‘Troll’.
Tempat kedua: Pereka Marc Jacobs sebagai jaguh bina badan wanita!
Tempat pertama: Pelumba ski Paralimpik dan penceramah motivasi, Josh Sundquist telah muncul sebagai satu daripada bintang Halloween yang cukup kreatif (watch out, Heidi Klum!). Biarpun kehilangan sebelah kaki akibat kanser tulang yang dialaminya pada usia 9 tahun, Josh menggunakan kecacatannya sebagai ilham untuk berkostum. Ini antara kostum-kostum Halloweennya sebelum ini:

Gambar: Josh Sundquist/www.joshsundquist.com
Dan tahun ini, he didn’t disappoint!
Josh memilih menjadi Lumière, watak pemegang lilin filem animasi Disney, Sleeping Beauty. “Lumière ialah satu-satunya watak monopod paling dikenali dari Disney,” jelasnya.

Gambar: Josh Sundquist/www.joshsundquist.com
Okay, Heidi, let’s see what you got!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.