OLA TELEFON PINTAR RASMI PERTAMA KELAB BOLA SEPAK JDT
Wah, Southern Tigers SDN BHD secara rasminya memperkenalkan OLA, iaitu telefon pintar rasmi pertama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pelancaran kedua-dua peranti di bawah tanda dagangan Kelab Bolasepak JDT ini selaras dengan pendekatan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab untuk pembangunan gaya hidup produk dan perkhidmatan kelab.

Mr Romain Biesse, Pengarah Pemasaran Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Mr Leng Yap dari EXMobile melancarkan produk baharu berjenama OLA, iaitu telefon pintar rasmi pertama Kelab Bolasepak JDT bagi mengiktiraf lebih daripada 1.5 juta penyokong Kelab Bolasepak JDT yang sering melayari platform media sosial dan digital kelab menggunakan peranti mudah alih. Secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada penyokong untuk berhubung secara lebih dekat dengan kelab.
Khabarnya, para penyokong Kelab Bolasepak JDT boleh mendapatkan Telefon Pintar OLA dalam dua pilihan gaya mewah. Produk istimewa ini hadir dalam dua pilihan gaya mewah iaitu OLA – JDT FC Black Matte Special Edition, dan OLA – JDT FC White Rose Gold Special Edition. JDT FC OLA Black Matte Special Edition dan White RoseGold Special Editions dilengkapi dengan lima-inci IPS paparan HD, 16GB rom capacity (upgradable) dengan kad memori miniSD 32GB, unit kamera 8.0 MP di belakang dan unit kamera 5.0 MP di hadapan, aplikasi membuka dan mengunci peranti menggunakan sensor cap jari , 2GB RAM, menggunakan kemaskini Android 6.0 Marshmallow, isyarat Pintar yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai ciri telefon dengan mudah. Kedua-dua telefon pintar OLA akan dijual dengan harga RM599 setiap satu, serta boleh didapatkan di semua cawangan EXMobile di seluruh Malaysia bermula 15hb April 2015 (Sabtu).

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 April 2017
Sumber dan gambar: FB: @JOHOR Southern Tigers
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.











