Skip to content

OLA TELEFON PINTAR RASMI PERTAMA KELAB BOLA SEPAK JDT

Kongsikan artikel ini

Wah, Southern Tigers SDN BHD secara rasminya memperkenalkan OLA, iaitu telefon pintar rasmi pertama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pelancaran kedua-dua peranti di bawah tanda dagangan Kelab Bolasepak JDT ini selaras dengan pendekatan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab untuk pembangunan gaya hidup produk dan perkhidmatan kelab.

Mr Romain Biesse, Pengarah Pemasaran Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Mr Leng Yap dari EXMobile melancarkan produk baharu berjenama OLA, iaitu telefon pintar rasmi pertama Kelab Bolasepak JDT bagi mengiktiraf lebih daripada 1.5 juta penyokong Kelab Bolasepak JDT yang sering melayari platform media sosial dan digital kelab menggunakan peranti mudah alih. Secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada penyokong untuk berhubung secara lebih dekat dengan kelab.

Khabarnya, para penyokong Kelab Bolasepak JDT boleh mendapatkan Telefon Pintar OLA dalam dua pilihan gaya mewah. Produk istimewa ini hadir dalam dua pilihan gaya mewah iaitu OLA – JDT FC Black Matte Special Edition, dan OLA – JDT FC White Rose Gold Special Edition.  JDT FC OLA Black Matte Special Edition dan White RoseGold Special Editions dilengkapi dengan lima-inci IPS paparan HD, 16GB rom capacity (upgradable) dengan kad memori miniSD 32GB, unit kamera 8.0 MP di belakang dan unit kamera 5.0 MP di hadapan, aplikasi membuka dan mengunci peranti menggunakan sensor cap jari , 2GB RAM, menggunakan kemaskini Android 6.0 Marshmallow, isyarat Pintar yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai ciri telefon dengan mudah. Kedua-dua telefon pintar OLA akan dijual dengan harga RM599 setiap satu, serta boleh didapatkan di semua cawangan EXMobile di seluruh Malaysia bermula 15hb April 2015 (Sabtu).

Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 April 2017

Sumber dan gambar: FB: @JOHOR Southern Tigers

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE'S COVERGIRL

VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”

FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”

Bacaan Lanjut