Skip to content

INI SEBAB CERMIN DI GIM TIDAK BAIK UNTUK ANDA

Kongsikan artikel ini

Mana-mana saja gim yang anda daftar dan guna, pasti mempunyai cermin di setiap sudutnya. Dari atas siling hinggalah ke lantai, cermin di gim digunakan untuk tujuan kemudahan agar anda dapat melihat bentuk tubuh serta mengukur tahap perubahan fizikal selepas melakukan senaman dalam kadar masa tertentu, seterusnya memanfaatkan senaman fizikal seseorang. Walaupun ada kebaikkanya, namun cermin di gim juga punya keburukan tertentu yang wajar anda ketahui.

1. ISU ‘BODY IMAGE’

Pertama, berdasarkan penyelidik dari laman sesawang psychologytoday.com hasil kajiam Pirkko Markula Ph.D, mendapati bahawa mereka yang melihat orang lain bersenam melalui pantulan cermin tersebut hanya akan memberikan kesan yang lebih negatif terhadap imej badan mereka sendiri, walaupun mereka yakin dengan tubuh badan mereka, terutama sekali buat kaum wanita. Seakan psikologi terbalik, cermin boleh merendahkan keberkesanan diri dan keyakinan diri.

2. KURANG MASA LATIHAN

Dek cermin di saat mereka bersenam sebenarnya boleh menyebabkan waktu senaman berkurangan. Melalui satu survey yang dilakukan di Rusia oleh jaguh bina badan di sana, mereka lebih dikenali mengaplikasikan senaman dengan menutup mata dalam meningkatkan rasa mereka terhadap ruang atau ‘proprioception’. Dengan cara itu mereka tidak perlu banyak melihat dan memeriksa diri di hadapan cermin semata agar masa latihan tidak dibazirkan begitu saja, khususnya buat mereka yang gila ‘selfie’.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut