IT’S NOT A CAR, IT’S A VOLKSWAGEN
Deruan energi Joyful Future dibawakan oleh Volkswagen Malaysia. Malam acara tahunan Alphamen Edisi 2022, ini turut meraikan ulang tahun ke-15 bersama Volkswagen sebagai penaja rasmi automotif malam itu.
Tanggal 19 Oktober, mengambil lokasi di Beta KL, Cormar Suites, GLAM Lelaki mempersembahkan acara tahunan Alphamen yang dibawakn oleh penaja rasmi automotifnya, Volkswagen Malaysia. Sehubungan itu, pada malam yang sama GLAM Lelaki turut meraikan ulang tahunnya yang ke-15 lantas membariskan 15 personaliti dari pelbagai latar belakang di dalam meraikan acara tahun ini.
Daripada pemain bola sepak negara, beralih kepada aktor, penyanyi, pengarah filem, fitness guru serta pereka fesyen terkenal negara! Namun, buat julung kalinya GLAM Lelaki menjulang persona seorang wanita dalam meraikan gelaran bintang Alphamen buat Edisi 2022 ini, yakni Aina Abdul. Demikian, Aina Abdul, Eddy Syamin serta Hael Husaini berpeluang meluangkan masa untuk merasai pengalaman memandu uji tiga jenis kereta yang berlainan. Setiap satunya mengimbangi nada karakter yang beragam bersama kereta pilihan mereka.
Golf GTI, Raja Hatchback Kembali!

Dia sekuntum bunga yang dikelilingi 14 kumbang. Buat julung kalinya GLAM Lelaki membariskan figura seorang wanita melengkapi para pria Alphamen-nya. Aina Abdul, dijulang sebagai Woman of the Year lantas mengimbangi pesona raja hatchback, Golf GTI selayaknya. Golf GTI menawarkan keseronokan pemanduan bernada sporty sejak ia dilancarkan dalam acara Frankfurt Motor Show pada tahun 1975. Jentera ini terus mendefinisikan bagaimana sebuah kenderaan sport kompak sebaiknya untuk diciptakan.
Kini, GTI serba baharu kembali menawarkan prestasi lebih berkuasa yang membawakan pengalaman pemanduan ke satu tahap baharu lantas menjadikannya sebagai kereta sport harian yang diidamkan ramai. Dengan harga bermula RM225,990.00, ia dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan dengan transmisi klac basah DSG 7- kelajuan berkuasa 245PS dan tork 370Nm. Sekali gus, menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan buat setiap pemiliknya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
EDDY SYAMIN, “TAHUN 2026 ADALAH TENTANG FOKUS DAN PERTUMBUHAN.”
Kali terakhir GLAM Lelaki bertemu Eddy Syamin adalah sewaktu dia menghiasi cover ALPHAMEN sempena ulang tahun ke-15. Kini, Eddy Syamin lebih matang dan punya misi lebih besar.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
KESIHATAN MENTAL BUKAN LAGI TOPIK ‘TABOO’: MENGENALI SUARA DI SEBALIK SENYAP
Kesihatan mental bukan lagi topik 'Taboo'. Sempena International Men’s Day, ikuti selebriti Malaysia berkongsi tentang depresi dan anxiety.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
GROOMING LELAKI PALING ‘ON POINT’ DI KLFW 25
Grooming lelaki paling ‘on point’ di KLFW 25, dengan sentuhan fesyen, dandanan rapi & pesona maskulin yang mencuri perhatian sepanjang KLFW.











