IT’S NOT A CAR, IT’S A VOLKSWAGEN
Golf R-Line Paling Progresif

Our fitness darling Eddy Syamin juga merupakan pelapis lapangan seni lakonan tempatan bergabung energi unggul dengan edisi terkini Golf R-Line. Dijulang sebagai generasi paling progresif setakat ini yang diperkasakan dengan ciri digital lebih efektif serta ketersambungan lancar; Golf R-Line ditawarkan pada harga bermula RM169,990. Lantas, dilengkapi sistem kawalan suara intuitif dan pintar, “Hello Volkswagen”. Raja hatchback ini hadir dengan enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan shift by wire.

Model serba baharu dengan lima tempat duduk ini mengekalkan susuk reka bentuk Golf yang tak lapuk ditelan zaman. Wajah terbarunya kini tampil lebih sporty juga ekspresif, di mana ia berselubung dengan penataan gaya R-Line. Direka dengan tunjangan kepada kecekapan aerodinamik, bampar hadapan berbentuk C dihadirkan lebih rendah buat mengimbangi prestasi yang lebih responsif. Penampilan sporty-nya pula disempurnakan dengan rim aloi Valencia bersaiz 17” dan sepasang paip ekzos krom hiasan berbentuk trapezoid.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAEL HUSAINI, PERJALANAN MUZIK, SEBUAH PERJALANAN DIRI
Bagi Hael Husaini, perjalanan dalam muzik bukan sekadar tentang mengejar pencapaian, tetapi proses yang membentuk dirinya sebagai pemuzik.
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian
AMT 2026: HAEL HUSAINI & AISHA RETNO PECAH REKOD DENGAN LIMA PENCALONAN
Hael Husaini dan Aisha Retno merupakan nama tersibuk yang berada di dalam barisan pencalonan Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2026).
AINA ABDUL X MELINDA LOOI: APABILA FESYEN JADI PERSEMBAHAN
Bagi Aina Abdul, naik ke pentas bukan sekadar soal suara. Penampilan harus on point, siluet kena masuk dan setiap detail perlu ada cerita. Bersama Melinda Looi, fesyen bukan sekadar outfit, ia menjadi sebahagian daripada persembahan.
5 PENYANYI GENERASI BAHARU MALAYSIA YANG SEMAKIN MENYERLAH
Kehadiran penyanyi generasi baharu bukan sahaja menyegarkan industri hiburan tempatan, malah membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dengan penyanyi yang sedia ada.
THE LINE-UP IS OUT! INI BARISAN PENYANYI YANG BAKAL BERADA DI ASIA TOP MUSIC FESTIVAL 2026
Pada hujung bulan Mei, Malaysia bakal dihangatkan dengan kehadiran bintang Asia dia Asia Top Music Festival 2026, di Sepang.











