Skip to content

KAD KREDIT JUGA PUNYA SISI POSITIFNYA

Kongsikan artikel ini

Ya, penggunaan kad kredit menyebabkan ramai yang masih sangsi dan ragu. Walau ia memudahkan, namun silap penggunaan anda bakal menanggung akibatnya, menyebabkan ramai yang masih sangsi mengenai pemilikan kad kredit. Namun, kad kredit juga punya sisi positifnya yang wajar anda tahu.

Ada yang mempersoalkan adakah kad kredit itu benar memberi kebaikan seperti tertera dalam iklan atau hanya mendatangkan masalah besar seperti bankrap. Realitinya, tidak salah untuk mempunyai kad kredit selagi penggunaannya dikawal dan digunakan atas dasar keperluan dan bukan kehendak.

1. ‘PENYELAMAT’ KETIKA KECEMASAN

Wang tunai tidak selalu berada di dalam poket dek kesempitan masa untuk ke mesin tele automatik (ATM). Justeru, kad kredit membolehkan anda membuat pembayaran tanpa memerlukan wang tunai. Contohnya sewaktu kecemasan yang memerlukan anda ke hospital dalam kadar segera. Hanya leretkan kad tanpa perlu bersusah payah untuk ke ATM.

2. GUNAKAN UNTUK GANJARAN

Apa yang anda belanjakan akan diberi mata ganjaran terkumpul yang membolehkan anda mendapat pulangan menarik. Contohnya, perlindungan insurans untuk anda sekeluarga, hadiah promosi seperti telefon bimbit dan pakej percutian serta pelbagai lagi hadiah menarik.

3. TERBUKTI SELAMAT

Kad kredit yang juga dikenali dengan panggilan wang plastik lebih selamat dibawa kerana pengguna tidak lagi perlu membawa wang tunai bersama. Jika ada kes kecurian, pengguna boleh membuat laporan ke syarikat kad kredit tersebut dan serta merta segala transaksi akan dibatalkan. Kad kredit juga bukanlah sesuatu yang boleh dipindah milik sesuka hati berbanding wang tunai.

4. PEMBELIAN KINI LEBIH MUDAH

Kini, semakin ramai yang menyedari kebaikan online shopping. Selain menjimatkan masa, ia juga membolehkan pengguna mendapat barang yang lebih baik dengan harga jauh lebih murah melalui laman sesawang luar negara seperti Amazon.com. Namun, kebanyakan online shop ini memerlukan pengguna untuk membuat pembayaran melalui kad kredit sahaja.

5. FAEDAH RENDAH ATAU TIADA

Ramai di antara kita yang ingin membeli barangan mahal namun tidak mempunyai wang tunai mencukupi. Jangan bimbang, pembelian boleh dibuat terus dengan hanya leretan kad kredit. Kebanyakan kad kredit tidak mengenakan caj faedah yang tinggi, malah ada juga yang tiada faedah langsung! Namun, situasi ini bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh syarikat kad kredit. Anda perlu meneliti segala syarat ini sebelum membuat pembelian.

Sumber: Majalah EH! 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut