Skip to content

SETAHUN MENDUDA, KEITH FOO AKUI SELESA HIDUP SOLO

Kongsikan artikel ini

Baru saja muncul dalam KL Gangster Underworld 2 yang ditayangkan bulan lalu, Keith Foo bakal tampil pula dalam filem romantik-komedi bertajuk Autumn In Wales, yang menjalani penggambaran tiga tahun lalu.

Dan melihatkan satu hantaran di Instagram, dia nampaknya bakal membintangi satu lagi drama yang mungkin akan ditayangkan Ramadhan nanti bertajuk Yang Bakal Mati Ramadhan Ini.

Begitulah sibuknya perjalanan seni Keith Foo, bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga sebagai duta. Baru-baru ini, dia dilantik menjadi duta produk kecantikan Crystal C White bersama Natasha Hudson.

Keith, Natasha duta Crystal C White | Harian Metro

Mungkinkah disebabkan terlalu sibuk, pelakon kacak ini tidak berkesempatan untuk mencari cinta baru setelah berpisah dengan isteri, Kim Raymond pada Disember 2019.

Menjawab pertanyaan itu, jelas Keith, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti buat masa ini. “Hati saya masih terbuka untuk bercinta, cuma buat masa ini saya tidak mencari, tidak terfikir pun. Bahkan, tiada wanita yang cuba mendekati saya.”

“Anak sudah cukup untuk mengisi kekosongan hati saya,” katanya merujuk kepada anak perempuannya, Skylar Raymond Foo yang baru berusia empat tahun. Nampaknya dia selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali menjalin ikatan dengan bekas isteri.

“Kami sudah sangat selesa dengan kehidupan sekarang, kenapa perlu ubah? Kami berpisah pun untuk sesuatu yang lebih baik,” ujarnya.

Tambah Keith, bukan semua perceraian adalah negatif, kadangkala ia demi kebaikan. Fokus utama mereka sekarang adalah untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai ibu dan bapa terbaik buat Skylar.

Keith Foo akui hubungan dengan Kim Raymond lebih baik selepas bercerai | Buletin & Rencana | Cinema Online

Walaupun selesa berstatus solo, namun Keith tidak menghalang bekas isterinya mencari pengganti. “Saya okey sahaja, asalkan dia gembira. Macam dia nak keluar pergi dating, pergilah… I’m so happy for her. Lagipun saya di rumah boleh jaga anak.”

Bapa yang hebat!

 

Pautan berkaitan: “SUAMI HEBAT!” – ARNOLD SCHWARZENEGGER PUJI MENANTU, CHRIS PRATT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA

Bacaan Lanjut
KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

GILIRAN ZAC EFRON MENERIMA BINTANG HOLLYWOOD WALK OF FAME

Bacaan Lanjut