LAMBORGHINI LANCARKAN KASUT EKSKLUSIF WAVE TENJIN 2
Ya, jenama automobil Lamborghini mungkin terkenal dengan barisan produk kereta-kereta mewah yang mahal, namun baru-baru ini, Lamborghini baru sahaja melancarkan barisan kasut eksklusif yang ternyata punya keunikan dan kehebatannya yang tersendiri. mengikut jejak langkah syarikat rivalnya iaitu Porsche, Lamborghini juga turut mengeluarkan kasut rasmi mereka dengan kerjasama syarikat kasut terkemuka Jepun, Mizuno. Awesome!

Rekaannya yang lebih kasual ternyata sesuai semasa bersantai mahupun untuk aktiviti riadah mahupun bersukan. Diinspirasikan dari model Lamborghini Aventador, model Wave Tenjin 2 ini mengambil bentuk heksagon depan Aventador untuk dijadikan rekaan bahagian tapak kasut ini. Bentuk itu dikhabarkan bakal memberikan keselesaan maksimum kepada si pemakai. Karbon fiber juga turut digunakan untuk material kasut ini supaya ianya akan menjadi lebih ringan, anjal dan tahan lama.
Berdasarkan sumber laman rasmi Lamborghini, kasut ini dijual pada harga USD400 (lebih kurang RM1,700) di laman rasmi rasmi dan hadir dengan tiga pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam, putih dan biru.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?










