Skip to content

MAHU MELANCONG KE SINGAPURA? INI 5 LANGKAH YANG PERLU ANDA TAHU

Kongsikan artikel ini

Bermula 29 November 2021, rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi boleh terbang ke negara jiran untuk melancong ke Singapura dan pulang semula, tanpa perlu menjalani proses kuarantin.

Baharu-baharu ini, Singapura telah meluaskan program Vaccinated Travel Lane atau VTL kepada rakyat Malaysia. Bermula 29 November 2021, rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi boleh terbang negara jiran untuk melancong ke Singapura tanpa perlu menjalani proses kuarantin. Program VTL ini boleh digunakan melalui enam penerbangan harian antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi, Singapura sahaja.

Kredit: Hype Digital

Malaysia menyertai senarai negara-negara terpilih seperti Australia, Brunei Darussalam, Germany, Canada, Denmark, France, Italy, the Netherlands, Spain, Finland, Sweden, United Kingdom (UK), United States of America (USA), Republic of Korea, dan Switzerland. Malaysia juga merupakan negara kedua dari rantau Asia Tenggara selepas Brunei Darussalam yang tersenarai dalam program VTL ini.

Untuk operasi penerbangan VTL di antara Kuala Lumpur dan Singapura ini, pelancongan Malaysia boleh memilih syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Scoot, Malindo Air, Jetstar Asia dan juga Air Asia.

Kredit: Singapore Tourism Board

Bagaimana mahu terbang ke Singapura sebagai pelancong?

Langkah 1: Permohonan Aplikasi

  1. Memohon Vaccinated Travel Pass antara 7 hingga 60 hari sebelum tarikh ketibaan.
  2. Perlu berada dalam negara VTL dan/atau Singapura (termasuk transit) selama 14 hari berturut-turut sebelum tarikh penerbangan.
  3. Mempunyai bukti vaksinasi lengkap (hanya vaksin WHO-EUL sahaja)
  4. Permohonan boleh dilakukan di sini.

 

Langkah 2: Sebelum Berlepas

  1. Tempah penerbangan VTL ke Singapura

– Hanya syarikat penerbangan yang disenaraikan sahaja)

– Lebih maklumat mengenai syarikat penerbangan di sini.

  1. Tempah penginapan di hotel yang menerima pelancong VTL sahaja

– Pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Changi perlu melalukan ujian PCR dan berada di tempat penginapan tersebut sehingga mendapat keputusan tersebut.

– Senarai hotel dan tempat penginapan yang terlibat boleh didapati di sini.

  1. Melakukan ujian Covid-19 ART atau ujian PCR, dalam 2 hari sebelum berlepas

– Ujian perlu dilakukan di klinik/hospital/lab/pusat kesihatan yang sah atau menerima pengiktirafan antarabangsa

– Pelancong perlu mendapatkan salinan keputusan sebagai bukti ujian telah dilakukan. Salinan keputusan ujian dalam Bahasa Inggeris atau disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris, dan lengkap mengandungi nama, tarikh lahir, nombor passport serta tarikh dan keputusan ujian PCR tersebut.

– Senarai pusat perubatan atau klinik yang diiktiraf boleh didapati di sini.

  1. Daftar dan membuat bayaran awal untuk ujian Covid-19 ketika ketibaan di Lapangan Terbang Changi.

– Pelancong disarankan untuk membuat tempahan awal bersama bayaran untuk ujian PCR di Lapangan Terbang Changi di sini.

  1. Hantar SG Arrival Card bersama deklarasi kesihatan elektronik secara atas talian

– Pelancong perlu menghantar SG Arrival Card bersama deklarasi kesihatan sebelum penerbangan dan sejarah pelancongan, dalam 3 hari sebelum tiba di Singapura. Lebih maklumat di sini. 

  1. Membeli insurans pelancongan Covid-10 daripada syarikat insurans di Singapura atau antarabangsa

– Pelancong yang melawat Singapura perlu mendapatkan insurans pelancongan untuk rawatan perubatan dan hospital untuk Covid-19, dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak SGD 30,000.

  1. Memuat turun dan daftar aplikasi TraceTogether

– Semua pelancong (kecuali kanak-kanak 6 tahun ke bawah) wajib memuat turun aplikasi TraceTogether di telefon pintar dan mendaftarkan nombor telefon dan profil untuk tujuan pengesanan kontak.

– Kanak-kanak di antara usia 7 hingga 12 tahun dan pelancong yang tidak mempunyai telefon pintar atas alasan kesihatan atau ketidakupayaan boleh mendapatkan token fizikal TraceTogether. (Token ini boleh didapati dengan harga SDG $50 (akan dipulangkan semula) di kaunter Changi Recommends di Lapangan Terbang Changi.

– Lebih maklumat mengenai aplikasi TraceTogether di sini.

 

Langkah 3: Daftar Masuk

  1. Sediakan dokumen berikut ketika mendaftar masuk:

– Passport

-Vaccinated Travel Pass

– Sijil vaksinasi digital

– Keputusan negatif ujian PCR dalam Bahasa Inggeris

– Visa (jika perlu)

– Aplikasi TraceTogether yang sudah berdaftar

  1. Menaiki penerbangan VTL sahaja ke Singapura.

 

Langkah 4: Ketibaan

  1. Serahkan semua dokumen yang sama ketika daftar masuk di imigresen ketibaan.
  2. Aktifkan aplikasi TraceTogether sejurus melepasi imigresen.
  3. Jalani ujian PCR Covid-19 di lapangan terbang.
  4. Terus ke tempat penginapan untuk isolasi menggunakan pengangkutan persendirian/teksi/kereta sewa (ahli keluarga dan sahabat boleh mengambil pelancong).

 

Langkah 5: Penginapan di Singapura

  1. Pelancong perlu berada di tempat penginapan sehingga keputusan negatif melalui ujian PCR Covid-19 diterima (dalam 24 jam).
  2. Mengukuti Safe Management Measures di Singapura.
  3. Daftar masuk di setiap lokasi dengan aplikasi TraceTogether dan menunjukkan statu vaksinasi apabila diminta nanti.

 

Tip Buat Pelancong Malaysia: Muat Turun Aplikasi Visit Singapore

Untuk pengalaman melancong yang mudah. Aplikasi Visit Singapore menawarkan servis dan tip Safe Travel buat pelancong di Singapura.

– Safe Travel Pass dan dokumen untuk pra-penerbangan dan imigresen

– SG Arrival Card (SGAC)

– Jadual perlancongan pintar

– Khidmat nasihat buat pelancong dan destinasi SMMs.

 

Baca lebih lanjut: 10 DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK UNTUK 2022

 

Bagaimana Pula Ketika Pulang Ke Malaysia?

Langkah 1: Sebelum Berlepas

  1. Menunjukkan keputusan negatif unijan PCR Covid-19 yang dilakukan dalam 2 hari sebelum berlepas dari Singapura.
  2. Daftar dan membuat bayaran untuk COVID-19 RT-PCR Test di BP Clinical Lab Health Screening Centre di KLIA.

 

Langkah 2: Daftar Masuk

  1. Sediakan dokumen berikut ketika daftar masuk:

– Passport atau Electronic Visit Pass (e-Pass) yang membuktikan pelancong berada di Singapura dan/atau Malaysia selama 14 hari berturut-turut.

– Sijil vaksinasi digital

– Keputusan negatif ujian PCR dalam Bahasa Inggeris

– Aplikasi MySejahtera yang sudah berdaftar

  1. Penerbangan VTL ke Malaysia

– Hanya penerbangan yang disenaraikan dalam penerbangan VTL sahaja (Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Scoot, Malindo Air, Jetstar Asia dan juga Air Asia).

 

Langkah 3: Ketibaan

  1. Pelancong perlu menjalani ujian PCR Covid-19 di BP Clinical Health Lab di KLIA, dan menunggu keputusan di ruang menunggu yang disediakan.
  2. Keputusan boleh didapati dalam 1 hingga 3 jam, dan pelancong dengan keputusan negatif boleh ke kaunter imigresen.

 

Kredit: Singapore Tourism Board

Dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua, rakyat Malaysia yang mahu melancong ke Singapura melalui program VTL ini boleh menghantarkan permohonan bermula 22 November 2021. Lebih maklumat di sini.

Foto: Singapore Tourism Board & Hype Digital

Baca lebih lanjut: “DIA MASIH LAGI BERGELUT SECARA EMOSI SEJAK END GAME.” – JEREMY RENNER KEMBALI SEBAGAI HAWKEYE DALAM SIRI MARVEL TERBAHARU

 

 

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
KEADAAN TERKINI KAMAL ADLI SELEPAS SERANGAN MENGEJUTKAN DI SINGAPURA

KEADAAN TERKINI KAMAL ADLI SELEPAS SERANGAN MENGEJUTKAN DI SINGAPURA

Bacaan Lanjut
marina bay sands Singapore

TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA

Bacaan Lanjut
sneakertopia jj lin

SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD

Bacaan Lanjut
glenn yong

“SAYA SUDAH KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SAYA” – GLENN YONG

Bacaan Lanjut