Skip to content

Mencabar Sempadan Bersama BMW R 1250 RT

Kongsikan artikel ini

BMW Motorrad Malaysia melancarkan jentera baharu, BMW R 1250 RT sebagai ahli terkini dalam generasi portfolio motosikal penjelajahan dinamik di Malaysia.

Buat peminat motorsikal jelajah, BMW Motorrad Malaysia mempersembahkan jentera terbaharu, BMW R 1250 RT. Pengeluar kenderaan premium antarabangsa ini merungkaikan ahli baharu dalam portfolio motosikal penjelajah dinamik di Malaysia. BMW R 1250 RT baharu kini disediakan dengan peralatan standard yang dinaik taraf, termasuk BMW Full Integral ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control),untuk menawarkan pengalaman tunggangan berjarak jauh yang tiada tandingan.

“Kami berbesar hati untuk menyambut ketibaan ahli baharu dalam famili BMW Motorrad. Sejak sekian lama, BMW RT telah menetapkan  tanda  aras dalam  kelasnya,  dan  jentera BMW R  1250  RT baharu juga akan berbuat demikian dengan menawarkan para pemilik sebuah iras yang terkini, penambah baikan yang komprehensif dari segikelengkapan standard dan aspek teknikal demimenjamin pengalaman tunggangan yang serba baharu,” menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Jentera penjelajah dinamik yang terbaharu ini hadir dengan inovasi yang bersofistikasi untuk menjamin kepuasan penungganganyang lebih tinggi, maka para penunggang dapat mengamati pengalaman yang luar biasa ketika menyelusuri segala bentuk Haluan yang terbentang di hadapan mereka.Iras  Motorsikal jelajah baharu yang serba megah diserlahkan oleh komponen reraut (fairing) hadapan dengan aerodinamik yang teroptimum, yang turut  memuatkan  ampu hadapan LED berpangsi dengan ciri adaptif. Elemen pencahayaan dibekalkan oleh lampu indikator LED dan lampu belakang LED. Indikator membelok dengan fungsi ‘comfort’ serta roda aluminium yang menawan juga ditawarkan sebagai standard.

BMW R 1250 RT baharu dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,254 CC yang menggunakan sistem pacuan aci, lantas membekalkan 100 kW / 136 kk pada paras 7,750 rpm dan nilai tork berjumlah 143 Nm padap aras 6,250 rpm dalam piawaian EU5 semasa. Ia menjamin  tunggangan yang menyelesakan serta tujahan yang dinamik. Disempurnakan oleh teknologi BMW ShiftCam dengan kawalan aci sesondol berciri boleh ubah bagi pemasaan injap dan peninggian injap yang bervariasi pada bahagian salur masuk, teknologi ini menawarkan kuasa yang lebih hebat bagi seluruh julat kelajuan.

Dari segi saluran maklumat hibur, motorsikal penjelajahan baharu didatangkan dengan Connectivity yang mencakupi kluster instrumen multifungsi baharu dengan skrin TFT berwarna 10.25”, sebuah unit multikawalan, fungsi Bluetooth, serta navigasi peta yang disediakan melalui aplikasi BMW Motorrad Connected. Sistem Audio 2.0 / Perisian Radio juga membekalkan hiburan muzik ketika menunggang, hadir dengan fungsi bunyi yang menyeluruh untuk dinikmati melalui Sistem Komunikasi BMW Motorrad (BMW Motorrad Communication System).

Disediakan dalam penggayaan Style Sport dan Style Elegance, penjelajah dinamik baharu ini dilengkapi dengan pakej Comfort dan Dynamic sebagai standard, yang menawarkan pelbagai ciri kefungsian seperti Gear Shift Assistant Pro, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride), sistem pengunci sentral, pemanas tempat duduk, pelumpuh elektrik  dengan  sistem  amaran  antikecurian, kawalan tekanan tayar, soket 12 V, serta sambungan telefon bimbit dengan keupayaan pengecasan tanpa wayar.

Motorsikal jelajah BMW R 1250 RT baharu boleh didapati di semua pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai April 2021. Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) adalah RM 142,500.00.

 

Foto: BMW Motorrad Malaysia

Baca lebih lanjut: REGÉ-JEAN PAGE TIDAK KEMBALI MEMBINTANGI MUSIM KEDUA BRIDGERTON

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut

BMW F 850 GS: Edisi Ulang Tahun Ke-40

Bacaan Lanjut

SUSUK SEGAR KOMPAK SAV BMW X1

Bacaan Lanjut

‘HAWA’ rangkul hadiah utama BMW Shorties 2016

Bacaan Lanjut

Malam GLAM Lelaki Alphamen 2016!

Bacaan Lanjut