Skip to content

NIKE PERKENALKAN PAKAIAN SUKAN UNTUK WANITA BERHIJAB

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini Nike memperkenalkan pakaian sukan khusus untuk wanita yang berhijab. Akhirnya atlet wanita muslim di seluruh dunia boleh tampil lengkap dengan pakaian sukan profesional setelah Nike mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Nike Pro Hijab yang bakal dilancarkan pada musim bunga tahun 2018.

Pengumuman Nike tentang pelancaran ini ternyata mengejutkan namun mendapat respon positif dari seluruh lapisan dunia dek kecaman terhadap negara Islam yang kini sedang berleluasa. Nampaknya, berikutan model wanita Muslim berhijab, Halima Aden membuat kemunculan di Milan Fashion Week baru-baru ini, wanita berhijab di seluruh nampaknya  kini semakin dihormati.

Pro Hijab akan direka dari fabrik mesh ringan yang bercirikan lubang-lubang halus untuk memberikan pengudaraan yang optimum. Meskipun Nike sudah agak lama komited terhadap kepelbagaian dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan koleksi khas untuk mereka yang bertubuh besar, ini adalah pertama kali Nike ingin melancarkan item istimewa buat atlet wanita yang beragama Islam.

“Nike Pro Hijab telah dicipta setelah mendapat pendapat terus dari atlet-atlet sukan yang mana mereka memberitahu kami yang mereka memerlukan produk sukan yang profesional untuk mereka melakukan yang terbaik. Kami berharap di mana item ini akan menolong atlet di seluruh dunia untuk bersukan dengan baik,” kata Jurucakap Nike Global, Megan Saalfeld kepada Al Arabiya English.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

GAYA PASANGAN SELEBRITI DI FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut
STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

STAIL SELEBRITI TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM VENICE 2024

Bacaan Lanjut

ANAMIKA KHANNA & H&M BERSATU UNTUK KOLEKSI YANG MEGAH

Bacaan Lanjut
KLFW 2024

5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024

Bacaan Lanjut
KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

KEMPEN BAHARU CALVIN KLEIN BERSAMA MINGYU SEVENTEEN

Bacaan Lanjut

10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH

Bacaan Lanjut