Skip to content

WATCH AT YOUR OWN RISK! NIGHT OF FRIGHT KEMBALI MENGHANTUI MALAM ANDA

Kongsikan artikel ini

Festival penuh ketakutan, Night of Fright kini kembali untuk tahun ketujuh! Bermula dari 4 Oktober sehinga 3 November, Night of Fright 7 (NOF7) menampilkan lapan rumah hantu, satu teater hantu, dua zon menakutkan, 11 permainan mencabar dan dua pertunjukan menarik.

Bermula seawal jam 7: 30 malam sehingga 11:30 malam setiap hari Jumaat sehingga Ahad, harga tiket adalah RM 79 (kadar yang diterbitkan) dan ini termasuk dengan cenderahati Bag Darah atau Tanduk Syaitan. Jika tidak, anda boleh memilih untuk ‘memotong’ barisan dengan Pakej Combo pada harga RM158 yang termasuk tiket masuk NOF7, pas ekspres dan pilihan cenderahati sama ada Beg Darah atau Tanduk Syaitan.

Atau anda boleh menikmati tawaran Combo Rate eksklusif sebanyak RM 138 seorang. Ini termasuk tiket masuk NOF 7 dan pas ekspres (Hanya untuk pengunjung yang membeli tiket di kaunter).

GL sendiri berkesempatan untuk merasai sendiri beberapa tarikan ‘menyeramkan’ di Night of Fright 7. Antara yang menarik perhatian adalah:

1 of 7

1. THE PLAGUE

Watak aneh ini tampil dengan topeng seperti burung, berjalan-jalan di pinggir kampung dengan alasan untuk menyelamatkan tetapi adakah mereka ini datang untuk membantu… atau hanya membawa kematian? Anda sendiri boleh menilai mereka. Anda boleh percaya dengan doktor, tetapi berhati-hati dengan THE PLAGUE!

1 of 7

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PRODUK TERBARU APPLE SPRING LOADED EVENT

Bacaan Lanjut

PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH

Bacaan Lanjut
RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

Bacaan Lanjut
TIPS KEKAL CERGAS SEMASA RAMADHAN

TIP KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN

Bacaan Lanjut
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Bacaan Lanjut
Slow Seks - Menjadikan Hubungan Seks Lebih Intim

Slow Seks: Adegan Seks Lebih Intim

Bacaan Lanjut