Skip to content

CINTA PANDANG PERTAMA HUAWEI NOVA 7i

Kongsikan artikel ini

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru mereka di bawah siri Nova yang nyata popular dan mendapat perhatian khususnya rakyat Malaysia, iaitu Huawei Nova 7i. Khabarnya, telefon pintar ini akan dijual secara rasmi pada 14 Februari 2020.

Siri Huawei Nova terkenal dengan kameranya yang memfokuskan kepada keupayaan selfie, dan menerusi siri terbaru ini, ia turut memfokuskan kepada rakaman video menggunakan kamera swafoto. Antaranya termasuk variasi kesan penuras khas, pelekat dan kesan khas yang sekali gus memudahkan lagi proses perkongsian ke laman sosial seperti TikTok dan Instagram. Menariknya, Huawei juga turut memperkenalkan paparan video-terbina yang dikenali sebagai MeeTime, menawarkan paparan video, imej dan suara lebih jelas.

Huawei Nova 7i hadir dengan skrin 6.4-inci, dilengkapi cip Kirin 810, memori 8GB RAM, dengan storan 128GB. Dilengkapi empat kamera belakang 48-megapixel, selain bateri berkapasiti 4200mAh. Huawei turut menyertakan sokongan pengecasan pantas 40W bersama dengannya. Harga masih belum dimaklumkan. Nantikan!

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung malaysia

APA YANG PERLU ANDA TAHU DENGAN SAMSUNG GALAXY Z FOLD5 TERBAHARU

Bacaan Lanjut
samsung malaysia

APA KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET

Bacaan Lanjut

APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU

Bacaan Lanjut