PECAH REKOD PERPINDAHAN, JACK GREALISH SAH MILIK MANCHESTER CITY
Pemain England, Jack Grealish memecahkan rekod perpindahan Britain selepas menandatangani perjanjian bernilai £100 juta bersama kelab bola sepak Manchester City dari Aston Villa.
Kelab bolas sepak England, Manchester City telah mengumumkan secara rasmi perpindahan Jack Grealish dari Aston Villa. Dengan perpindahan ini, pemain England itu telah memecahkan rekod perpindahan Britain selepas menandatangani perjanjian bernilai £100 juta pada Khamis lalu.

(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images)
Jack Grealish telah bersama kelab Aston Villa selama 19 tahun. Dia telah melakukan 213 kemunculan dan menyumbangkan 32 gol sepanjang kariernya di sana sejak 2014. Melalui ciapan Instagram peribadinya, dia mengucapkan terima kasih kepada pengurus kelab dan rakan sepasukan di Aston Villa, serta barisan peminat yang menyokongnya sepanjang masa.

“Saya telah bersama Aston Villa selama 19 tahun, dan saya menjadi peminat sepanjang hidup saya. Saya bermula dari bawah dan menjadi kapten kelab untuk berada di puncak bola speak England. Sukar untuk saya menunjukkan perasaan saya melalui perkataan, tetapi saya akan cuba,” kata Jack Grealish mengenai kelab lamanya, Aston Villa.

(Photo by Dan Istitene/Getty Images)
“Ketika pertama kali saya menyertai Villa saya mempunyai impian dan cita-cita peribadi seperti memasuki pasukan pertama, menjaringkan gol pertama dan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan derby. Hanya apabila kami telah disingkirkan saya merasakan rasa tanggungjawab yang lebih besar,” tambahnya.

(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images)
Menurut sumber, Aston Villa telah menawarkan kapten mereka itu perjanjian baharu yang lebih baik untuk kekal di sana. Tetapi, pemain berusia 25 tahun itu tetap memilih untuk menyertai Manchester City kerana tarikan berada di puncak Liga Perdana Inggeris dan sentiasa bermain dalam kejohanan kelab Eropah, UEFA Champions League.

(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Manchester City FC via Getty Images)
Selepas Jack Grealish, Manchester City masih lagi mengejar pemain penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane. Walau bagaimanapun, kelab Spurs telah menyatakan pemain mereka itu bukan untuk dijual musim ini.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: KATIL ‘ANTI-SEKS’ CETUS KONTROVERSI DI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PEMAIN BOLA JDT, ARIF AIMAN HANAPI SAH BERGELAR SUAMI #YANGARIFTENTANGLIA
Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi, sah bergelar suami selepas mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.
FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI
Kurang dari sebulan, dunia bakal digegarkan dengan kehadiran terbesar dalam dunia bola sepak, FIFA World Cup 2026 yang dianjurkan di 3 negara.
MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS
Buat para penyokong setia Old Trafford, Manchester United musim baharu membawa gelombang harapan tetapi 2025 terasa berbeza yakni lebih membara.
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR
Manchester United bakal kembali ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan bersama pasukan ASEAN All Stars pada bulan Mei ini.
SAFEE SALI: DARI PADANG BOLA SEPAK KE KONTI RADIO
Lima bulan menempuh alam persaraan, Safee Safi mengumumkan dia bakal menghangatkan kerusi konti sebagai penyampai radio.











