PENGARAH MUDA PILIHAN GL
Teks: Putra Mokhter
Dunia perfileman Malaysia hari ini menyaksikan barisan pengarah muda yang berbakat dalam mempersembahkan karya terbaik mereka. Masing-masing berlumba mencurah kreativiti agung tersendiri. Usia bukanlah penghalang untuk mencetus fenomena dalam karya yang dihasilkan. GL membariskan senarai pengarah muda yang sememangnya boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi.
PEKIN IBRAHIM
Gambar: Sumber Google
Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon, nama Pekin Ibrahim terus menjadi sebutan orang ramai apabila Pekin sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya. Mencuba nasib sebagai seorang pengarah, taruhan pertamanya, filem Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (2016) menjadi saksi bahawa Pekin merupakan di antara pengarah muda yang berkualiti. Menjuarai kategori Cerita Asal Terbaik menerusi filem tersebut di Festival Filem Malaysia ke-28 menjadi pembakar semangat untuk dirinya menghasilkan filem keduanya, KL Wangan.
SYAFIQ YUSOF
Gambar: Sumber Google
Biarpun ayahnya, Datuk Yusof Haslam juga abangnya, Syamsul Yusof merupakan antara individu terkemuka di Malaysia, namun ia bukanlah satu dalih untuk Syafiq tidak berusaha melakar kejayaan untuk dirinya. Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) merupakan taruhan pertamanya sebagai seorang pengarah. Gandingan dua pelakon hebat Shaheizy Sam dan Lisa Surihani melengkapkan lagi hasil kerja pengarah muda ini. Antara filem menarik hasil arahannya adalah Villa Nabila dan Abang Long Fadil.
NIK AMIR MUSTAPHA
Gambar: Sumber Google
Masih ingat lagi filem KIL? Hasil kutipan box-office filem ini membuktikan bahawa pengarah muda Nik Amir Mustapha mampu membawa pembaharuan dalam dunia perfileman negara. Jalan cerita yang simple, sarat dengan mesej berguna serta lakonan mantap oleh Redza Minhat dan Christina Suzanne ini sekali gus mengangkat ia sebagai Filem Terbaik dan juga Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 2013. Bukan itu sahaja, kariernya terus memuncak pabila Nik mempertaruhkan filem Terbaik dari Langit (TDL) lakonan Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan lain-lain lagi. Sama seperti filem KIL, filem TDL ini memenangi Filem Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015. Apa yang pasti, hasil karyanya penuh dengan elemen misteri, moden serta unik. Sesuai dengan permintaan masa kini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYARAT CHRISTIAN BALE UNTUK MEMBINTANGI SEKUEL BATMAN
Dalam wawancara terbaharu, Christian Bale diminta mengulas ura-ura yang mengatakan dia bakal menghidupkan kembali watak Bruce Wayne.
TRANSFORMASI MENGEJUTKAN BRADLEY COOPER UNTUK FILEM TERBAHARU
Bradley Cooper akan melakonkan perjalanan hidup komposer legenda, Leonard Bernstein di samping Carey Mulligan yang menggalas watak sebagai isterinya.
DATUK HANS ISAAC PILIH HALUAN KERJAYA BAHARU
Usia bukan penghalang - ternyata itu yang dipegang oleh Datuk Hans Isaac apabila memilih untuk mencuba sesuatu yang baru pada usia 50 tahun.
#GLFIRSTGAYAHIDUP PENGALAMAN BUNYI PERSIS PAWAGAM DENGAN SONOS BEAM GEN 2
Sonos memperkenalkan Beam (Gen 2) yang kini dilengkapi dengan sokongan Dolby Atmos dan format audio baharu untuk memberikan pengalaman bunyi persis pawagam terus dari rumah.
DAX SHEPARD BINA BADAN KETIKA KUARANTIN, KINI SETANDING ADI WIRA MARVEL
Shepard mengakui dia bersenam dengan gigih sepanjang tahun lalu untuk miliki tubuh sehebat adi wira Marvel.
Regé-Jean Page Bakal Menjadi James Bond Seterusnya?
Regé-Jean menangani khabar angin beliau mengenai spekulasi terbaru mengenai dia bakal menjadi James Bond yang seterusnya setelah keluar dari Bridgerton.