Skip to content

“PENYAMPAIAN PSIKO ATAU REVERSE PSYCHO MAINKAN PERANAN..” KENALI SAFWAN SAWI, WARTAWAN TV3 VIRAL DEK GAYA LAPORAN BERSAHAJA

Kongsikan artikel ini

Isu MRT pernah hangat diperkatakan. Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh-Kajang yang baru dilancarkan ternyata mendapat respon positif daripada masyarakat tempatan khususnya. Bercakap mengenai MRT, pasti kita tidak boleh melupakan sedutan laporan seorang wartawan yang menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian bersahaja ketika tampil dengan sebuah laporan khas berkaitan MRT di Buletin Utama baru-baru ini, seterusnya laporan TNB dan lain-lain. Mungkin inginkan sesuatu kelainan atau juga ingin menonjolkan identitinya tersendiri, GLAM Lelaki menghubungi wartawan TV3 Safwan Sawi dan memintanya berkongsi pengalaman serta identiti penyampaiannya bersama kami.

https://www.facebook.com/BeritaTV3/videos/1585366394811869/

1 of 6

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda? 

SAFWAN SAWI: Terima kasih kepada pihak glamlelaki.my dan penulis kerana sudi menyiarkan kisah saya. Baiklah nama saya, Mohd. Safwan bin Sawi dan saya lebih mesra dipanggil Saff. Saya dilahirkan pada 26 Ogos 1988 di WP Labuan. Saya berbangsa Kadayan dan Dusun. Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Saya anak keempat daripada 6 orang adik-beradik. Saya kini bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran dan hobi saya adalah berkaraoke dan makan.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit mengenai permulaan karier anda sebagai seorang wartawan penyiaran.

SAFWAN SAWI: Asalnya saya adalah seorang penyampai radio sambilan di Labuan FM dan KKFM. Sebelum menamatkan pengajian 2011 saya kemudian ditawarkan menjadi pelatih di bilik berita, TV3. Tamat latihan dan pengajian saya seterusnya ditawarkan bekerja di bilik berita biro Sabah tetapi atas beberapa faktor tertentu akhirnya saya ditugaskan ke Sri Pentas. Di situ bermula karier saya sebagai wartawan penyiaran. Sebab itulah saya selalu ditegur kadang-kadang terbawa-bawa gaya radio.

Teruskan membaca…

1 of 6

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut