Skip to content

“PENYAMPAIAN PSIKO ATAU REVERSE PSYCHO MAINKAN PERANAN..” KENALI SAFWAN SAWI, WARTAWAN TV3 VIRAL DEK GAYA LAPORAN BERSAHAJA

Kongsikan artikel ini

Isu MRT pernah hangat diperkatakan. Kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) aliran Sungai Buloh-Kajang yang baru dilancarkan ternyata mendapat respon positif daripada masyarakat tempatan khususnya. Bercakap mengenai MRT, pasti kita tidak boleh melupakan sedutan laporan seorang wartawan yang menarik perhatian penonton dengan gaya penyampaian bersahaja ketika tampil dengan sebuah laporan khas berkaitan MRT di Buletin Utama baru-baru ini, seterusnya laporan TNB dan lain-lain. Mungkin inginkan sesuatu kelainan atau juga ingin menonjolkan identitinya tersendiri, GLAM Lelaki menghubungi wartawan TV3 Safwan Sawi dan memintanya berkongsi pengalaman serta identiti penyampaiannya bersama kami.

2 of 6

GLAM Lelaki: Apakah cabaran utama bergelar seorang wartawan penyiaran?

SAFWAN SAWI: Majalah Forbes tahun lalu meletakkan wartawan penyiaran di posisi ketiga karier paling kritikal dunia dengan prospek pertumbuhan -9%. Jadi siapa kata kerja wartawan penyiaran ni kerja senang? Hasil depan TV nampak normal kadangkala gah tapi di belakang tabir mencari dan merungkai bahan berita hanya kami wartawan tahu cabarannya. Antaranya menunggu berjam-jam mendapatkan bahan berita dari pagi ke malam dan macam-macam lagi. Biarpun mencabar namun semua itu adalah pengalaman berharga yang mengajar kami erti kewartawanan sebenar untuk mencanai berita yang lebih baik buat tatapan umum.

Selain itu, kerja tak tentu masa membuatkan susah untuk saya menemui seseorang yang memahami karier ini. Pada awalnya, saya tidak mendapat restu ibu kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Balik kampung setahun sekali. Alhamdulillah perlahan-lahan ibu dapat menerima.

Teruskan membaca…

2 of 6

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN 'NICHE' YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA

Bacaan Lanjut

OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II

Bacaan Lanjut
'BOOK CLUB' KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA

‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA

Bacaan Lanjut
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER

LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER

Bacaan Lanjut
Transisi Mega: Mark dan Ten Mencipta Identiti Baharu

TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU

Bacaan Lanjut
putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Bacaan Lanjut