Skip to content

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT TARIK JEANS

Kongsikan artikel ini

Dalam memupuk kesedaran terhadap pandemik virus Covid-19, ajnas idea kreatif telah dikongsikan di laman media sosial untuk mengingatkan orang ramai untuk mengamalkan langkah berjaga-jaga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia mahupun di serantau dunia. Kerana masih ramai yang degil dan tidak makan saman, sewenang-wenangnya melanggar PKP tanpa memikirkan impaknya pada orang lain. Sebab itulah perjuangan untuk menyelamatkan rakyat kita jatuh di bahu setiap individu.

Menyedari tanggungjawab juga pengaruh mereka, Tarik Jeans, jenama denim lokal yang sentiasa berfikiran canggih, baru-baru ini melancarkan satu siri poster unik untuk digunakan secara percuma oleh sesiapa yang mahu berkongsi nasihat bersama pengikut-pengikut mereka.

Direka dalam bentuk Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), poster-poster kreatif ini berhajat untuk mendidik dan memberi nasihat secara mesra kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP ini. Kekal setia pada DNA Tarik Jeans yang mendukung nostalgia Malaysiana dan Nusantara, koleksi poster yang diberi nama Poskad Untuk Rakyat ini terhasil daripada kolaborasi jenama ini bersama pereka grafik Cultkids.

Setiap poster diperkukuhkan dengan pesanan dalam bentuk slogan up-to-date yang menyarankan orang ramai untuk mengawasi langkah-langkah pencegahan gejala virus Covid-19 selain untuk bersikap lebih bersabar dan bertolak-ansur kala melalui masa yang cukup mencabar ini.

1 of 4

1 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

Bacaan Lanjut

PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S

Bacaan Lanjut
ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD

Bacaan Lanjut

“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

Bacaan Lanjut

RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022

Bacaan Lanjut