Badminton: Beregu Lelaki Malaysia Raih Pingat Perak di Olimpik Rio
Impian Malaysia untuk meraih pingat emas pertama di sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil tidak kesampaian apabila pasangan dari China, Fu Haifeng dan Zhang Nan mengalahkan beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong namun tetap memberikan saingan sengit sehingga ke set terakhir.
Seluruh Malaysia dan warga yang berada di gelanggang Riocentro bersatu memberi sorakan buat beregu yang membawa harapan besar untuk menambah pungutan pingat. Perjalanan pasangan yang berada di ranking ke-12 ini memberikan saingan sengit buat beregu bintang dari China untuk membawa pulang pingat perak yang cukup istimewa dalam pembabitan mereka bergelar atlet negara.
Ternyata usaha gigih mereka berjuang meraih mata demi mata selain berdepan tekanan yang sungguh hebat menjadi kebanggaan negara. Tahniah buat pasangan beregu lelaki yang turut mengharumkan nama Malaysia apabila naik podium menerima pingat masing-masing dan mengibarkan bendera Malaysia di pentas Olimpik.
Satu lagi pingat dalam genggaman dan Datuk Lee Chong Wei yang akan bertarung melawan Cheng Long pada final perseorangan lelaki akan menentukan sama ada Malaysia bakal meraih emas pertama mahupun perak yang turut menjadi kejayaan besar kontinjen pada Olimpik kali ini. Setakat ini, Malaysia sudah berjaya meraih dua pingat perak dan satu pingat gangsa. Malaysia Boleh!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEE MIN-HO BERSAMA BINTANG TERKEMUKA LAIN MENGHIASI KEMPEN BOSS
SELEBRITI KOREA SELATAN, LEE MIN-HO ANTARA YANG MENJADI WAJAH UTAMA KEMPEN BOSS MUSIM LURUH 2022. ‘ATTITUDE’ BOSS YANG BAHARU DITERJEMAHKAN MELALUI PENAMPILAN SEKUMPULAN INDIVIDU BERPENGARUH. WELCOME TO THE NEW ERA OF BOSS!
TERBUKTI! PRODUK INI HILANGKAN BINTIK HITAM HANYA 2 MINGGU
Tiada lagi masalah bintik hitam atau pigmentasi ketara kerana Eucerin Spotless Brigtening Crystal Booster serum adalah jawapannya!
ALL HOURS FOUNDATION PILIHAN MASKULIN
Tiada lagi masalah kulit kusam kerana YSL Beauty cetus evolusi bersama bedak cecair ikonik, ALL HOURS FOUNDATION.
SEKS LEBIH LAMA, AMALKAN MAKANAN INI
Biar lebih ghairah, barulah aktiviti seks lebih bermakna. Tingkatkan libido dengan amalkan pemakanan ini sebelum bersama.
“I AM READY TO COMPETE!” – IRFAN SHAMSUDDIN KONGSI PERSEDIAAN KE SUKAN KOMANWEL 2022
Eksklusif! GLAM Lelaki berpeluang menemu bual atlet lempar cakera negara juga duta Under Armour, Irfan Shamsuddin mengenai persediaannya ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom.
BERDEPAN KEKECEWAAN SEKSUAL? MUNGKIN ANDA JUGA MANGSA!
Bagaimana mengenali tanda-tanda anda atau pasangan sedang berdepan dengan kekecewaan seksual?