Meriahkan lagi sambutan Hari Natal dan Tahun Baru dengan berkumpul bersama keluarga dan rakan dengan promosi luar biasa di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Pelbagai jenis makanan dan juga minuman yang enak serta menakjubkan menanti anda yang disediakan khas oleh tukang masak yang profesional di Coffee House, Aras Sembilan, Sunway Putra Hotel KL.

Bermula 24 Disember 2019, Coffee House yang terletak di aras sembilan akan menawarkan Buffet Christmas Eve pada harga RM 128 nett untuk seorang (percuma untuk kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah). Separuh harga akan dikenakan kepada Warga Emas dan kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun. Dari 7 Oktober hingga 24 Disember 2019, hotel akan menawarkan baucar yang berharga RM 75 untuk seorang dan ia terhad kepada 200 tetamu terawal sahaja.

Untuk makan malam Krismas dan Tahun Baru, anda berpeluang untuk mencuba pelbagai hidangan yang lazat seperti udang harimau yang segar, siput Jepun yang diletakkan di atas ais, sup bisque udang galah dengan roti bawang putih yang dibaka, ayam belanda panggang dengan sos Cranberry dan Giblet, Rib Eye panggang dengan sos mustard dan lada hitam dan juga meatloaf yang disalut dengan madu.

Hidangan enak lain yang anda harus cuba adalah Casserole ayam belanda, roulade ayam dengan daun thyme oren, pai Sheppard sayuran dengan cendawan dan pai daging cincang yang pasti akan buat selera makan anda bertambah.

Hidangan tidak akan lengkap tanpa pencuci mulut. Di sini, anda boleh mendapat pelbagai jenis hidangan pencuci mulut yang pasti buat anda rambang mata. Dari Eggnog Sabayon, pai labu, kek buah Inggeris, Panacotta manga, kek mousse keladi, kek cawan yang cantik, Christmas Stolen dan juga puding Krismas dengan sos vanila.

Bagi anda yang mengamalkan makanan sihat, Coffee House turut menyediakan hidangan sihat seperti salad dan juga hidangan pembuka selera yang enak seperti salad ikan dengan salsa tomato, udang cocktail, avokado dan salad epal.

Pada Hari Natal dan Tahun Baru pula, Coffee House akan menyajikan bufet Hi-Tea dengan harga RM 79 seorang (percuma untuk kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah) dan separuh harga akan dikenakan kepada warga emas dan kanak-kanak berusia lapan tahun hingga 12 tahun.

Dengan lebih daripada 50 pilihan selera makanan Barat dan Asia, anda boleh memilih hidangan enak di stesen barbeku seperti stik daging mini, bahu kambing, filet ayam, bubur makanan laut, mi sup wanton, sate, dim sum, Yong Tau Foo dan juga pasta. Tidak ketinggalan, nasi biryani dan briyani ayam Hyderabad turut dihidangkan pada Hari Natal dan juga Tahun Baru.

Bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2019, Atrium Lounge turut menawarkan pelbagai jenis hidangan dan manisan Krismas untuk anda bawa pulang ke rumah.

Harga bermula dari RM 12 sehingga RM 231 untuk setiap pilihan. Pesanan perlu dibuat lima hari lebih awal dan pesanan dan pemilihan boleh dibuat di kauter Atrium Lounge atau hantarkan pesanan anda melalui e-mel ke [email protected]