Skip to content

STOR NEW BALANCE ERA BAHARU KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

Era baharu New Balance kini bermula di The Exchange TRX dengan pembukaan stor yang fokus kepada komuniti dan stail, bukan produk.

Berita baik buat peminat New Balance di Kuala Lumpur. Jenama gaya hidup dan kasut yang popular itu kini melancarkan stor terbaharu mereka yang terletak di pusat beli-belah, The Exchange TRX. Berlokasi di aras dua, stor ini menjanjikan pengalaman unik dengan memberikan fokus kepada komuniti dan stail, bukannya produk semata-mata.

new balance

Era baharu New Balance ini menyaksikan rekaan yang berpusat pada susunan kerusi komuniti pada bahagian tengah stor. Seni dekorasi ini akan membenarkan pengunjung untuk berkumpul, mengambil inpsirasi daripada peminat lain, dan mendalami stail autentik tersendiri.

Konsep unik ini akan meletakkan New Balance sebagai jenama yang mengangkat buday dan sukan. Ia menampilkan seleksi produk yang telah disunting, serta memberikan cerita visual dengan sejarah dan pembuatan untuk produk terpilih. Dengan pemilihan yang terperinci pada seleksi kasut dan pakaian, ia akan mencipta momen baharu buat atlet elit dan influencer fesyen secara bersebelahan.

new balance trx

“Stor ini mewakili langkahan ke hadapan dalam pemikiran kami untuk pengalaman beli-belah, lebih dekat dan focus kepada koleksi yang dihasilkan untuk generasi muda,” kata Senior Director of Global Brand Strategy and Operations at New Balance, Ian Fitzpatrick. “Ruang ini tidak dibina untuk bercerita, hanya yang relevan kepada pelanggan kami. Ia perubahan yang merefleksikan hasrat kami untuk menjemput pengunjung baharu untuk mengenali jenama. Mungkin untuk pertama kali.”

Dalam meraikan pembukaan stor baharu ini di The Exchnage TRX, New Balance membariskan pelbagai rangkaian eksklusif dan workshop kepada pengunjung. Pelbagai keistimewaan boleh dinikmati oleh peminat dan pengunjung ke stor baharu ini bersempena pelancaran kali ini.

Keistimewaan Eksklusif (14-17 Disember 2023)

  1. Percuma Untuk 50 Pelanggan Pertama: Setiap hari, 50 orang pengunjung pertama akan menerima Hot Americano percuma dengan menyertai newsletter New Balance.
  1. Tawaran Eksklusif Setiap Hari: Antara 1o AM dan 6 PM, 50 pembeli pertama setiap hari boleh mendapatkan Curate Coffee Roasters latter dengan menunjukkan resit New Balance anda.

Customised Workshop

  1. Photo Frame Workshop: Dengan resit pembelian minimum bernilai RM399, pembeli boleh customize bingkai gambar dengan pelekat sticker New Balance eksklusif.
  2. Paracord Workshop: Customize keychain atau gelang tali New Balance dengan resit minimum bernilai RM499.
  3. Sertai kedua-dua workshop ini dengan resit bernilai RM850.
  4. Hanya 50 pembeli pertama setiap hari layak untuk menyertai workshop ini.

Stor New Balance terbaharu di The Exchange TRX kini dibuka setiap hari bermula 10 AM sehingga 10 PM. Dapatkan maklumat lebih lanjut di sini.

 

Baca lebih lanjut: 5 TREND SNEAKER LELAKI PALING POPULAR 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
Uniqlo trx

APA YANG MENARIK DI STOR UNIQLO TERBESAR MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX?

Bacaan Lanjut
cha eun-woo

CHA EUN-WOO MELANCARKAN STOR SKECHERS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut