SYAMEL TERPERANGKAP DALAM ‘HALUSINASI’
Setelah setahun tanpa lagu baharu, penyanyi berbakat ini kembali dengan single Halusinasi berserta muzik video yang akan debut pada 9 malam hari ini.
Penyanyi popular dan berbakat kelahiran Kuala Lumpur, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih dikenali dengan nama Syamel, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah hampir setahun menyepi dengan single terbaharu yang berjudul ‘Halusinasi’. Lagu ini yang ditulis oleh Syamel sendiri, turut mendapat sentuhan istimewa dari segi melodinya oleh komposer terkenal seperti Iqie Hugh dan Omar K, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.
Bercerita mengenai lagu ‘Halusinasi’, Syamel berkata, “Ia mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi. Jalan terakhir adalah untuk meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya, dan dia akhirnya terperangkap dalam situasi tersebut.”
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 yang sedang giat mengusahakan perniagaan Se-Table Cafe di Platinum Walk, Setapak, bersama tunangnya, Ernie Zakri, turut mengulas, “Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan yang baharu saya jalankan bersama Ernie. Namun begitu, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu merupakan minat saya yang pertama.”
Mengulas lanjut mengenai single terbaharunya, Syamel berkata genre kali ini agak berlainan kerana ia berbeza berbanding lagu balada yang selalu dinyanyikannya sebelum ini. Proses rakaman juga tergendala seketika ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan kerajaan. Walau bagaimanapun, video muzik rasmi Halusinasi sudah pun siap dan akan membuat debut pada 15 Januari 2021 pada 9 malam di YouTube. Tambah Syamel, “menariknya tentang video muzik Halusinasi nanti, saya akan menari, dan jika penonton ingin lebih tahu, nantikan pelancarannya tidak lama lagi.”
Syamel berharap single Halusinasi ini diterima oleh peminat yang sudah lama menunggu lagu baharu daripadanya, selain meneruskan sokongan mereka terhadap kerjayanya.
Baca lebih lanjut: 7 BUKU BUAT RUJUKAN GAYA LELAKI TAHUN INI
Foto: Rocketfuel Entertainment
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK
Ernie Zakri mengikut jejak langkah beberapa penyanyi tempatan dengan muncul di billboard gergasi di Times Square New York.
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA
Pemain dram dan pemuzik jazz terkemuka, Yussef Dayes bakal beraksi buat pertama kali di Malaysia pada 25 November ini.
KOLABORASI UNIK PHARRELL WILLIAMS & BTS
Menerusi wawancara bersama Rolling Stone, Pharrell Williams mendedahkan BTS bakal muncul dalam album terbaharunya berjudul Phriends.
FESTIVAL DAN KONSERT MUZIK DI ASIA 2022
Saksikan festival dan konsert muzik menarik yang bakal berlangsung sepanjang penggal akhir 2022 di beberapa buah negara di Asia.