Skip to content

TAKLUKAN SAMSUNG GALAXY S8 KINI BERMULA

Kongsikan artikel ini

Semalam, sekitar pukul 11 malam (waktu Malaysia) adalah hari pementasan telefon Samsung galaxy S8 terbaru. Iklannya ‘unbox your phone’ dengan latar reka bentuk ‘sleek’ telefon ini sudah membuahkan perasaan teruja buat pengemar jenama dari Korea ini. Samsung kali ini membuat kajian dan testimonial pada setiap telefon pintar buatannya dengan lebih teliti dan sanggup menangguh hari perasimanya untuk kualiti yang memuaskan.

Khabar angin mengatakan Samsung Galaxy S8 kali ini datang dengan dua pilihan, Galaxy S8 dan S8 Plus? apa yang menariknya tentang kedua jenis peranti ini?

1. Ia hadir dengan sistem cas terbaru yang digelar Galaxy S Charge+. Apa yang istimewa tentang ciri terbaru ini? Anda hanya perlu menunggu 20 minit untuk cas dari 0% ke 100%!

2. Samsung Galaxy S8 Plus datang dengan ‘infinity display’ skrin 6.2 inch Super AMOLED dengan QHD+ dalam resolusi 2400×2960 pixel,  Samsung Galaxy S8 pula tampil dengan skrin 5.8 inch Super AMOLED dan kedua-duanya tampil dengan rekaan skrin berlekuk di kedua-dua sisi.

3. 3 month return policy! anda boleh memulangkan atau menukar telefon anda dalam tempoh 3 bulan selepas pembelian! Atas peristiwa yang berlaku pada telefon Samsung Note 7, Samsung tampil lebih prihatin dan menunjukkan muhibah kepada pelanggan mereka.

4. Datang dengan 4 GB RAM, 64GB internal storage, Android 7.0 Nougat, dua slot sim, 16-megapixel kamera belakang dan 8-megapixel kamera hadapan.

5. Kedua-dua unit baharu ini datang dengan IP68-rated iaitu kalis habuk dan air, sama seperti model sebelum Samsung Galaxy S7.

6. Home Button kini ditempatkan di belakang telefon menjadikan visual telefon baharu ini lebih ‘futuristik’ dan luas! Sesuai buat anda yang mahu menonton Netflix dan bermain game!

7. Tampil dengan tiga jenis warna Orchid Grey, Black Sky dan Arctic Silver!

8. Kalau Iphone tampil dengan Siri, Samsung pula ada Bixby! pembantu suara baharu! dan juga sistem keselamatan iris scanner!

Sumber: Majalah EH!

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WIRELESS EARBUDS TERBAIK DARIPADA BOWERS & WILKINS KINI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU

Bacaan Lanjut

PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET

Bacaan Lanjut
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16

Bacaan Lanjut

APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU

Bacaan Lanjut