TELEFON PINTAR VIVO V23E 5G UNTUK FOTOGRAFI SWAFOTO TERBAIK
vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar V23e 5G terbaharu dengan kamera hadapan ultra-jelas buat peminat fotografi untuk memberikan pengalaman swafoto terbaik.
Dalam memberikan estetika semula jadi buat peminat fotografi, vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar V23e 5G terbaharu untuk pengalaman swafoto terbaik dan menyeronokan. Telefon pintar ini didiatangkan dengan kamera hadapan ultra-jelas bersama teknologi AI yang kini dipertingkatkan lagi dalam menawarkan kombinasi fungsi dan gaya yang sempurna.
Majlis pelancaran telefon pintar terbaharu daripada vivo ini telah diserikan oleh duta jenama juga aktres popular, Mira Filzah.
Membawa Swafoto Ke Tahap Lebih Tinggi
vivo V23e 5G pasti memenuhi keperluan swafoto yang berbeza, serta memberikan pengalaman fotografi yang sama hebat secara keseluruhan. Siri ini merupakan jawapan vivo kepada permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk pengalaman fotografi swaforo yang lebih baik, terutamanya dalam merakamkan potret dengan estetika semula jadi dan lebih jelas.
Dari segi kejelasan, V23e 5G dilengkapi dengan Kamera Hadapan AF 44MP yang membolehkan pengguna merakam swafoto yang sangat jelas dengan fokus tajam, tidak kira berapa jarak subjek, manakala V23e dilengkapi Kamera Hadapan AF 50MP termaju yang menghasilkan swafoto yang kaya warna dalam kejelasan yang tinggi. Kedua-dua peranti ini menampilkan Autofokus Mata yang dapat menjejaki mata dengan ketepatan tinggi, memastikan swafoto yang jelas dan penuh perasaan.
Selain Mod Potret Berbilang-Gaya, vivo V23e 5G juga menyediakan pengalaman videografi Video Dwi-Paparan yang membolehkan rakaman video serentak pada kedua-dua kamera hadapan dan belakang, sesuai untuk merakamkan video daripada sudut yang berbeza. Mod Pendedahan Berganda yang dinaik taraf kini turut membolehkan pengguna membawa masuk foto latar belakang ke dalam visual lain, memberikan pilihan tanpa had untuk membiaskan kreativit yang bergaya.
Kuasa Perisian Yang Terkini
Dilengkapi dengan Funtouch OS 12 sebagai usaha vivo yang lebih meluas untuk terus meningkatkan sistem pengendalian, V23e 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810. Ia menampilkan reka bentuk bersepadu dengan litar yang lebih stabil dan penggunaan kuasa yang lebih rendah, menyokong Rangkaian 5G dwi-mod SA & NSA serta siap sedia dwi-SIM 5G+5G. Juga menampilkan paparan AMOLED 6.44 inci yang akan memberikan pengalaman visual terbaik kepada pengguna.
Desain Kompak Yang Elegan
Berukuran hanya 7.36mm untuk Moonlight Shadow manakala 7.41mm untuk Sunshine Coast, V23e 5G mempunyai badan ultra-langsing, dengan berat hanya 172 gram. Siri ini hadir dalam pelbagai reka bentuk warna yang bergaya, memaparkan kepakaran terunggul dalam rekaan dan gaya artistik. V23e 5G dan V23e didatangkan dalam dua warna unik iaitu Sunshine Coast dan Moonlight Shadow.
vivo V23e 5G dan V23e kini sudah tersedia pada harga RM1,599 dan RM1,399. Pra-pesanan boleh dilakukan sehingga 17 Disember 2021 melalui pelbagai platform seperti E-store rasmi vivo Malaysia, Lazada dan Shopee. Peminat juga berpeluang memenangi hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM559 untuk V23e 5G dan RM459 untuk V23e.
Foto: vivo Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU KETIKA PENGGAMBARAN ‘HELLBOUND’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.
KELESTARIAN ACER ASPIRE VERO EDISI NATIONAL GEOGRAPHIC
Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian Aspire Vero edisi khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.
HUAWEI MATEPAD 10.4: KOMBINASI TEKNOLOGI PINTAR DAN ESTETIKA MINIMALIS
Huawei melancarkan tablet terbaharu, MatePad 10.4 yang dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan boleh digunakan bersama Huawei M-Pencil generasi kedua.
#GLFIRSTGAYAHIDUP VIVO V23 5G (SUNSHINE GOLD)
vivo V23 5G kini dikemaskini dengan prestasi kamera hadapan terunggul serta keunikan desain luaran dengan keupayaan berubah warna yang pertama di Malaysia.
ADAKAH “LE VIOLON D’INGRES” BAKAL MENJADI FOTO YANG TERMAHAL DI DUNIA?
Foto yang dirakamkan oleh artis surrealist, Man Ray berjudul "Le Violon d'Ingres" yang memaparkan tubuh wanita seakan bentuk viola akan dilelong oleh Christie’s pada bulan Mei ini.
GARMIN MALAYSIA MELANCARKAN VIVOMOVE SPORT & VENU 2 PLUS DENGAN FUNGSI SUARA BERINTERGRASI
Jam tangan pintar Garmin Venu 2 Plus juga dilancarkan dengan kolaborasi pelitup muka istimewa bersama label Jovian oleh pereka fesyen lokal, Jovian Mandagie.