Skip to content

TIEMPO X KOLEKSI KHAS SEMPENA PERSARAAN RONALDINHO

Kongsikan artikel ini

Bintang bola sepak Brazil baru-baru ini mengumumkan persaraannya dari arena sukan bola sepak dunia. Walaupun berita itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan, dalam menghargai jasa dan sumbangannya selama 20 tahun, jenama pakaian sukan gergasi Nike secara eksklusifnya menghasilkan dua boots sukan, TiempoX khas bagi memperingati legenda Brazil ini.

Model TiempoX Finale 10Rs akan hadir dengan warna ‘Porto Alegre’ dan ‘Paris’ sebagai rujukan untuk dua kelab yang pernah beliau wakili, Gremio FC serta Paris Saint-Germain. Yang menariknya, kelihatan barisan tulisan pada lidah kasut ini dengan ayat ‘Saya bermain bola sepak dengan muzik di dalam minda’ dalam bahasa negara untuk setiap model.

Lukisan ‘shaka hand’ turut dicetak pada bahagian dalam kasut sebagai tribute kepada keraian unik Ronaldinho selepas menghasilkan gol. Kasut ini sudah boleh dibeli di laman Nike dan mungkin sudah berada di butik Nike terpilih seluruh dunia dengan harga pasaran USD95 (+-RM370). Dapatkannya hari ini guys!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Februari 2018

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut

RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?

Bacaan Lanjut

7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut