Skip to content

WIRELESS EARBUDS TERBAIK DARIPADA BOWERS & WILKINS KINI DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

TC Acoustic Malaysia melancarkan generasi baharu true wireless earbuds yang terbaik daripada jenama audio ikonik dari United Kingdon, Bowers & Wilkins.

Diasaskan pada 1966 di United Kingdom, Bowers & Wilkins adalah peneraju dalam teknologi audio yang terbaik sejak 50 tahun lalu. Kini, TC Acoustic Malaysia telah melancarkan barisan gajet dan peranti seperti generasi baharu true wireless earbuds terbaik daripada jenama audio ikonik itu di Malaysia.

bowers & Wilkins Malaysia

Pi7 S2

Bowers & Wilkins terkenal dengan desain dan penghasilan pembesar suara rumah, fon kepala, instalasi custom dan produk audio kereta yang meletakkan standard baharu dalam inovasi dan kualiti bunyi. Terkini, mereka melancarkan true wireless earbuds Pi5 S2 dan Pi7 S2 baharu yang merupakan antara yang terbaik di pasaran.

 

Definisi Baharu True Wireless Earbuds Pi7 S2 & Pi5 S2 Premium

wireless earbuds Malaysia

Pi7 S2

Diperkenalkan pada April 2021, Bowers & Wilkins telah merubah jangkaan dalam kategori True Wireless dan menandakan penyertaan pertama mereka ke dalam pasaran TWS. Jenama Britain ini terkenal kerana True Wireless generasi pertamanya. Ia diikuti oleh pelancaran dua model baharu yang telah dipertingkatkan iaitu Pi7 S2 dan Pi5 S2. Menggantikan model generasi pertama, kedua-dua rekaan ini terus mengukuhkan status mereka sebagai True Wireless Earbuds tersohor di pasaran.

Pi7 S2 mengekalkan bunyi resolusi tinggi terhebat dalam industri daripada model yang sebelumnya sambil membuat peningkatan yang bernilai terhadap ketersambungan, hayat bateri, pengalaman pengguna dan memperkenalkan tiga kemasan premium terbaharu. Kedua-dua Pi7 S2 dan Pi5 S2 memaparkan ketersambungan tanpa wayar yang telah ditingkatkan melalui antenna tereka bentuk dengan jarak Bluetooth sehingga 25m dan pengalaman mendengar yang lebih stabil dan berkualiti tinggi.

bowers & Wilkins Malaysia

Pi5 S2

Pi7 S2 (RM 2,499) boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Satin Black, Canvas White dan Midnight Blue. Manakala, Pi5 S2 (RM 1,699) pula tersedia dalam pilihan warna Cloud Grey, Storm Grey, Spring Lilac dan juga Sage Green.

Rangkaian gajet dan peranti terbaharu daripada Bowers & Wilkins boleh didapati melalui my.tcaoustic.asia. Atau di TC Acoustic Flagship Store yang tarletak di The Starhill, Kuala Lumpur.

 

Foto: TC Acoustic

Baca lebih lanjut: PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut