10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
Muzik sentiasa berkembang, dan setiap bulan, industri hiburan dipenuhi dengan pelbagai karya baharu daripada artis tempatan dan antarabangsa. Dari balada penuh emosi hingga rentak rancak yang membangkitkan semangat, setiap lagu membawa identiti tersendiri yang menarik perhatian pendengar. Kali ini, GLAM Lelaki membawakan 10 lagu baru yang sedang mencuri perhatian ramai. Baik di carta penstriman mahupun menjadi bualan peminat. Sama ada anda peminat genre pop, jazz, R&B, hip-hop, atau indie, senarai ini menjanjikan variasi yang sesuai untuk pelbagai mood dan gaya hidup. Jadi, bersiap sedia untuk menambah lagu-lagu segar ini ke dalam playlist anda, kerana inilah 10 lagu baru dilancarkan pilihan GLAM Lelaki yang wajib anda dengar sekarang!
#1 ExtraL – Jennie ft. Doechii
Bakal kembali dengan album penuh pertamanya, Ruby, Jennie melancarkan ExtraL, kolaborasi bersama Doechii yang mengangkat martabat wanita.
#2 The Chase – Heart2Heart
Kumpulan wanita baharu dari SM Entertainment, Heart2Heart melancarkan The Chase sebagai pengenalan kumpulan muda ini.
#3 Me Time – Fahimi Rahmat
Lagu baru dari penyanyi tular Angau, Fahimi kini kembali dengan Me Time yang menyampaikan mesej mendalam
mengenai hubungan dan kepentingan masa untuk diri sendiri. Lagu ini merupakan hasil ciptaan
Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Fahimi.
#4 Too Bad – G-Dragon ft. Anderson .Paak
The King is Back! G-Dragon sekali lagi membuktikan impaknya sebagai King of K-Pop dengan lagu barunya, Too Bad. Too Bad merupakan kolaborasinya bersama Anderson .Paak dan kemunculan Karina dari aespa menjadi bualan hangat!
#5 Overdrive – Insomniacks ft. Killa Driz
Genre pop rock dari band kesayangan Malaysia, Insomniacks kini berkolaborasi bersama Killa Driz untuk lagu baru mereka berjudul Overdrive. Overdrive merupakan hasil ciptaan Iqie, Killa Driz dan Adam E bersama.
#6 bloodonmyhands – Tate McRae ft Flo Milli
Membawa impak Y2K di dalam muzik video, Tate McRae sekali lagi keluar dengan lagu baru yang tidak mengecewakan. bloodonmyhands merupakan kolaborasinya bersama Flo Milli, menceritakan tentang hubungan toksik yang patut mereka keluar.
#7 LV Bag – Don Toliver ft. j-hope & Pharell Williams
Kolaborasi antara the LV Boys, LV Bag menjadi kegemaran peminat sepanjang minggu. LV Bag menampilkan Toliver sebagai peneraju utama, disertai oleh j-hope dari BTS yang membuka lagu dengan verse pertamanya. Melodi trek ini, sentuhan khas Pharrell, begitu melekat di ingatan seperti beberapa hits awal Neptunes yang ikonik.
#8 Inside Out – keshi
Inside Out oleh hopeless romantic, Keshi ialah sebuah lagu yang penuh emosi tentang perasaan tenggelam sepenuhnya dalam cinta. Liriknya menggambarkan hubungan yang mendalam, seperti merasakan seluruh dunianya berputar di sekitar seseorang yang sangat istimewa. Lagu ini merupakan ciptaannya sendiri.
#9 My Way – saixse ft. SonaOne
Muzik video yang dirakam di Jepun, saixse yang pernah tular dengan lagunya Malampagi kembali dengan kolaborasi terbaru bersama SonaOne.
#10 Nostalgia – Ernie Zakri
Lagu baru pop dari penyanyi kesayangan Malaysia, Ernie Zakri menjadi bualan ramai. Genre pop yang jarang dinyanyikan olehnya ini menjadikan orang ramai rasa ingin tahu dengan keluaran terbaru Ernie Zakri ini.
Pautan Berkaitan: 7 PEMUZIK MUDA MALAYSIA ANDA PATUT KENALI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026
Pada bulan Januari 2026 ini, Stadium Merdeka yang diberi nafas baharu akan bersinar dengan konsert-konsert yang menjadi tumpuan.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
RUMUSAN FESYEN BLACKPINK UNTUK KONSERT DEADLINE TOUR 2025
Dalam dunia pop dan haute couture, fesyen BLACKPINK Deadline Tour menjadi bukti bagaimana gaya pentas boleh berubah menjadi momen ikonik.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.











