Skip to content

20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR

Kongsikan artikel ini

Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40. 

Tirai penentuan kini dibuka apabila 20 lagu yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir diumumkan secara rasmi, sekali gus merungkai teka-teki yang selama ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Sempena ulang tahun ke-40 Anugerah Juara Lagu, TV3 tampil dengan pendekatan tersendiri apabila menyenaraikan 20 karya terbaik untuk berentap di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi program Muzik Muzik pada jam 12.00 tengah hari. Dengan jangkaan bahawa para penonton bakal disajikan dengan persembahan yang bukan sahaja menarik, malah sengit dan penuh kualiti daripada barisan artis yang bertanding. Kesemua mereka dianggap antara yang terbaik, sekali gus melayakkan diri untuk merebut tempat ke pentas akhir AJL40.

Daripada senarai 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40), hanya 20 karya dengan jumlah markah tertinggi berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Pemilihan ini dibuat berdasarkan penilaian teliti dan profesional oleh barisan juri yang dilantik, berpandukan kriteria yang telah ditetapkan bagi memastikan hanya karya paling berkualiti diketengahkan.

Senarai artis dan tenaga kreatif yang terlibat dalam edisi kali ini turut mencerminkan kepelbagaian dan kekuatan industri muzik tempatan. Antara yang mencuri perhatian ialah Amir Masdi menerusi lagu “Nurcinta”. Hasil kolaborasi bersama komposer tersohor Edry Abd.Halim. Gandingan ini dilihat mampu memberikan sentuhan segar serta berpotensi mencipta impak besar di pentas pertandingan.

Selain itu, Haqiem Rusli turut kembali mencabar saingan dengan karya “Nostalgila”, yang digarap bersama Fahmi Zafran. Dikenali dengan keupayaan menghasilkan lagu beremosi tinggi, Haqiem sekali lagi dijangka membawa kekuatan tersendiri menerusi persembahan yang penuh jiwa.

Tidak ketinggalan, vokal mantap Dayang Nurfaizah menerusi lagu “Lemah” dijangka menjadi antara tumpuan utama. Lagu ini turut mendapat sentuhan kreatif daripada Hael Husaini. Yang juga dikenali sebagai komposer dan penyanyi berbakat besar dalam industri muzik tanah air.

Lagu “Kamu” pilihan GLAM Lelaki? 

Turut menyertai saingan ialah Aina Abdul menerusi lagu “Kamu”, sebuah karya yang sepenuhnya ditulis dan digubah olehnya sendiri. Dikenali dengan vokal luar biasa dan gaya persembahan yang dramatik. Aina dijangka sekali lagi adakah bakal mencuri perhatian penonton dengan interpretasi yang penuh emosi dan artistik?

Kehadiran nama-nama besar ini sekali gus menambahkan lagi kehangatan persaingan, dengan setiap karya membawa identiti dan kekuatan tersendiri. Gabungan artis berpengalaman dan komposer berbakat menjadikan edisi kali ini lebih dinamik, sekali gus menjanjikan persembahan berkualiti tinggi di pentas. 

Artikel berkaitan: #GL15TAHUN WOMAN OF THE YEAR, AINA ABDUL

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MASIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI BERMAIN SELAMAT

MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

Bacaan Lanjut

5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025

Bacaan Lanjut
jazmy juma abpbh 2025

Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37

Bacaan Lanjut