5 FILEM BISNES BERDASARKAN KISAH BENAR WAJIB DITONTONI
Banyak kisah memaparkan latar cerita yang menyentuh hati tentang jatuh bangun seseorang dalam hidup, kerjaya, keluarga dan bisnes yang telahpun difilemkan, malah ia menjadi inspirasi buat kita untuk mencuba mencapai kejayaan yang diinginkan.
Ya, tidak semuanya datang dengan mudah namun dengan adanya filem-filem yang dicipta sebegini sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk kita cuba mencapai impian. Glam Lelaki menyenaraikan 5 filem bisnes berdasarkan kisah benar yang wajib untuk anda tonton.
1- The Pursuit of Happiness
Filem ini menampilkan Will Smith sebagai watak utama Ketabahan dan kesukaran hidup yang dihadapi oleh watak utama menjadi subjek utama dalam cerita ini. Ia mengisahkan bagaimana seorang usahawan, Chris Gardner telah melaburkan semua wang simpanan keluarganya untuk membeli mesin pengimbas ketumpatan tulang mudah alih dalam jumlah yang banyak. Seorang usahawan yang berjaya akan sanggup bekorban masa, tenaga, kewangan dan sebagainya demi mendapatkan kejayaan dalam bidang keusahawanan ini. Kegagalan di awal perniagaan dianggap sebagai motivasi tidak melemahkan semangat untuk berjaya pada masa depan.
2. The Social Network
Filem yang pernah mencetus fenomena ini sewajarnya menjadi filem yang mampu untuk memberikan inspirasi kepada anda untuk berjaya. Film ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Mark Zuckerberg seorang mahasiswa Harvard yang menciptakan Facebook dengan bantuan rakan-rakanya. Namun, tidak semuanya datang dengan mudah apabila Mark dihimpit dengan pelbagai dugaan seperti pecah amanah, masalah kewangan, ketidakpercayaan dari orang-orang sekeliling dan banyak lagi.
3. Steve Jobs
Michael Fassbender menggalas watak berat penuh emosi Steve Jobs dan ternyata menjadi. Filem yang diadaptasi dari kisah hidup Steve Jobs ini sewajarnya menjadi tauladan buat semua. Fokus utama plot film ini seputar pelancaran perdana Macintosh dan kegagalannya, serta bagaimana Steve keluar dari Apple, sehinggalah di hari beliau mengeluarkan NeXT Inc. Di sebalik ketegasnya, tersimpul kerapuhan emosi dalamannya yang cukup menyentuh perasaan.
4. The Wolf of Wall Street
Watak Jordon dilakonkan dengan gaya bersahaja oleh pelakon berbakat besar Leonardo Dicaprio yang berkisar tentang seorang broker
saham di Long Island yang dipenjarakan selama 22 bulan kerana menipu pelabur-pelabur dalam penipuan sekuriti besar-besaran pada tahun 1990an yang melibatkan rasuah yang berleluasa di Wall Street dan dalam dunia perbankan korporat termasuk pereka kasut, Steve Madden. Walaupun filem ini diangkat melalui kisah penipuan seseorang yang sanggup untuk menggadaikan intergriti dalam berniaga, namun ia boleh menjadi tauladan buat semua.
5. The Billionaire (Thailand)
The Billionaire merupakan filem inspirasi perniagaan tentang seorang anak muda yang berasal dari Thailand bernama Top Ittipat yang berjaya sebagai young entrepreneur dengan produk rumput laut miliknya iaitu Tao Kae Noi. Banyak dugaan yang dihidapi sehingga mengakibatkan dirinya terumbang ambing dalam melayari kehidupan namun atas semangatnya Top berjaya di akhirnya.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 20 March 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.











