Skip to content

padel

5 PADEL COURTS PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK TAHUN 2025

Kongsikan artikel ini

Lokasi padel courts di Malaysia kini semakin meningkat atas minat ramai terhadap aktiviti sihat lebih-lebih pada tahun 2025.

Dalam dunia gaya hidup urban masa kini, padel bukan lagi sekadar sukan. Ia telah menjadi simbol ranggi, aktif dan sosial bagi lelaki moden. Dengan kombinasi kecergasan, gaya dan komuniti, padel terus menguasai trend 2025, terutama di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Di bawah ini,GLAM Lelaki telah memilih lima padel courts paling menarik, paling premium dan paling ‘in’ sepanjang tahun 2025 ini.

1. ASCARO PADEL & SOCIAL CLUB, 1 UTAMA

Terletak di rooftop 1 Utama New Wing, Ascaro menampilkan suasana eksklusif yang menjadi pilihan ramai figura gaya hidup dan selebriti. Dengan pemandangan bandar, konsep social club, restoran Paloma, dan kemudahan lengkap, Ascaro menawarkan pengalaman padel yang bukan sahaja sporty tetapi juga premium. Selepas sesi permainan, pemain boleh bersantai di dek dengan suasana malam yang tenang. Ini menjadikan Ascaro antara destinasi padel paling ramai dikunjungi pada tahun 2025.

2. THE COURTS AT KLGCC RESORT, BUKIT KIARA

The Courts menggabungkan konsep sukan, penjagaan diri dan gaya hidup mewah dalam satu destinasi berkelas. Di sini, padel datang bersama pakej lengkap. Spa, pilates, yoga, barangan grooming, malah suasana resort eksklusif. Terletak di Bukit Kiara, ia sesuai bagi lelaki yang mengutamakan kelapangan, privasi dan pengalaman premium selepas seharian bekerja. The Courts benar-benar mencerminkan definisi sport meets luxury. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Courts (@thecourtsmy)

3. ACE PADEL BY ASW, KEPONG

Terletak di rooftop Lotus’s Kepong, Ace Padel by ASW menjadi tumpuan kerana menawarkan jumlah court yang lebih banyak dan suasana yang moden tetapi santai. Ia mudah diakses, luas dan mesra untuk pemain baharu mahupun yang sudah mahir. Dengan operasi sehingga lewat malam, ia sesuai untuk anda yang jadualnya padat tetapi masih ingin mengekalkan rutin kecergasan secara konsisten.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ace Padel by ASW (@acepadel.my)

4. JOY DIVISION PADEL, PETALING JAYA

Jika anda mencari padel court yang indoor sepenuhnya, lengkap dengan aircond, sauna, ice bath dan gym, Joy Division Padel adalah pilihan tepat. Court ungu ikoniknya telah menjadi tarikan visual di media sosial. Suasananya kasual, moden dan ideal untuk pemain yang mengutamakan rekreasi serta recovery selepas permainan. Banyak komuniti padel aktif berhimpun di sini, menjadikannya lokasi yang ‘happening’ tanpa mengorbankan keselesaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bressel™ (@bresselsports)

5. ONCOURT MALAYSIA, JALAN LAPANGAN TERBANG LAMA

OnCourt merupakan kompleks racket sports yang luas dengan gabungan padel, pickleball dan squash. Walaupun tidak semewah destinasi premium lain, OnCourt menawarkan nilai hebat bagi lelaki aktif yang gemar mencuba pelbagai jenis sukan. Ruangnya besar, versatil dan sesuai untuk sesi latihan, permainan santai atau perlawanan bersama rakan-rakan. Bagi yang mengutamakan variasi dan ruang terbuka, ini destinasi yang patut ada dalam radar 2025.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by On Court (@oncourtmalaysia)

Sukan padel terus menjadi gaya hidup lelaki moden. Ia menggabungkan kecergasan, komuniti dan sedikit sentuhan kemewahan. Sama ada anda menggemari suasana eksklusif, vibe social club, atau court indoor yang selesa, lima lokasi ini mewakili the best of the best untuk tahun 2025.

Pautan berkaitan: TRIP GAYA JETSETTER: 6 KOTA ASIA YANG WAJIB DIKUNJUNGI JIKA SUKAKAN FESYEN & GAYA HIDUP ESTETIK

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SUKAN UNTUK LELAKI MODEN: DARI GYM KE OUTDOOR ADVENTURE

5 SUKAN UNTUK LELAKI MODEN: DARI GYM KE OUTDOOR ADVENTURE

Bacaan Lanjut
DIMILIKI OLEH AMELIA HENDERSON, SPOT PICKLEBALL BAHARU DI KL!

DIMILIKI OLEH AMELIA HENDERSON, SPOT PICKLEBALL BAHARU DI KL!

Bacaan Lanjut
VOLVO PADEL OPEN 2025

VOLVO PADEL OPEN 2025: SUKAN PREMIUM, KOMUNITI AKTIF & GAYA TAK TERTANDING

Bacaan Lanjut

PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI

Bacaan Lanjut

PICKLEBALL: TREND SUKAN TERBARU DI MALAYSIA UNTUK DICUBA

Bacaan Lanjut