5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI
Netflix Malaysia membariskan seleksi rancangan tempatan dan filem buatan Malaysia yang anda boleh ‘layan’ menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Karya-karya tempatan kini menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Dari filem Malaysia kepada siri tempatan yang popular, rancangan-racangan ini menjadi pilihan penonton yang boleh disaksikan terus dari rumah. Netflix Malaysia membariskan seleksi rancangan tempatan dan filem buatan Malaysia yang anda boleh ‘layan’ menjelang lebaran dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Berikut adalah 5 rancangan hebat yang anda boleh ‘layan’ sepanjang Hari Raya kali ini:
1. Mechamato Movie
Prekuel kepada siri animasi yang cukup popular, “Mechamoto Movie” mengikuti seorang budak lelaki bernama Amato yang bertemu dengan robot berkuasa, MechaBot yang terhempas ke Bumi. Amato seterusnya menjadi master baharu kepada MechaBot. Tetapi muncul masalah yang lebih besar. Mahkluk asing, Grakakus yang jahat sedang memburu MechaBot untuk memiliki kuasa yang lebih kuat.
Fakta Menarik: Selain menjadi filem animasi tempatan pertama yang ditayangkan di Jepun, siri animasi Mechamato juga menerima penghargaan sebagai animasi bukan Jepun pertama yang memenangi ‘Anime Fan Award’ di Tokyo Anime Award Festival 2023.
2. La Luna
Dirakamkan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak. Filem komedi romantik, “La Luna” mengisahkan tentang sebuah kampung yang sunyi yang menjadi hangat selepas pembukaan sebuah kedai pakaian dalam. Produksi Malaysia-Singapura ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Wan Hanafi Su, Namron, dan Iedil Dzuhrie Alaudin.
3. Polis Evo 3
Shaheizy Sam dan Zizan Razak kembali menyarungkan watak mereka sebagai Inspektor Khai dan sani dalam siri “Polis Evo” edisi ketiga. Kali ini, mereka mendapati diri mereka tersepit di antara kes balas dendam bekas pegawai yang menuntut kematiaan isterinya.
Terlepas dua edisi filem yang pertama? Anda boleh tonton “Polis Evo” dan “Polis Evo 2” yang ditayangkan di Netflix sekarang.
4. Projek: High Council
“Fight Club” tetapi dalam versi sekolah menengah!
“Projek: High Council” yang menjuarai carta Top 10 TV di Malaysia selepas dilancarkan di Netflix. Kini, ia terus menduduki carta Top 10 sehingga hari ini. Ia mengikuti pelajar bernama Fakhri yang mengetuai misi untuk menamatkan kes buli di sekolah menengah asrama penuh elit. Dia merancang untuk memansuhkan High Council, yang menjadi pegangan pelajar-pelajar di situ.
5. Projek: Anchor SPM
Sebelum “Projek: High Council” dilancarkan, “Projek: Anchor SPM” yang pertama sekali dilancarkan.
Diciptakan oleh Anwari Ashraf, siri remaja ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang berhadapan dengan cabaran dan dugaan, dari segi persahabatan, percintaan, dan masalah peribadi untuk menduduki peperiksaan terbesar dalam hidup mereka, SPM.
Kesemua filem dan siri ini boleh disaksikan sekarang melalui laman penstriman Netflix Malaysia.
Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA
Watak ikonik dalam filem romantik komedi Malaysia menjadi daya tarikan kerana bukan sahaja menghiburkan, malah dekat dengan jiwa penonton.
6 WATAK LELAKI TERHANGAT DALAM DRAMA, SEHEBAT THARIQ RIDZUWAN
Watak-watak lelaki dalam drama terbaru Malaysia kini cukup hangat dan menjadi perbualan ramai di media sosial.
7 DRAMA ASIA TENTANG CINTA BERBEZA USIA, WANITA LEBIH TUA
Dalam drama, cinta berbeza usia antara lelaki dan wanita dianggap sebagai penghalang besar untuk menjalin hubungan yang bahagia.
ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
ZHARIF GHAZZI semakin menyerlah tahun 2025! Kenali wajah baharu industri lakonan tempatan yang berbakat dan berpotensi besar.
SELEBRITI MALAYSIA, KERETA LAGI LAJU DARI GOSIP!
Kereta mewah selebriti Malaysia seperti Lamborghini, Audi & Range Rover jadi simbol status dan gaya hidup glamor mereka.
MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.
Mierul Aiman turns 27. Sempena hari ulang tahun ke-27 Mierul hari ini, ketahui 10 fakta menarik tentang bintang muda ini.