Mengisahkan Emmel seorang penulis prolifik yang khusus menulis kisah-kisah cinta. Skrip tulisan Emmel mendapat sambutan hangat daripada penonton mahupun penerbit. Ironinya, dalam kehidupan realiti, Emmel tidak mempunyai kehidupan cinta. Dia sudah 10 tahun hidup solo sehingga hampir terlupa bagaimana rasanya memiliki pasangan atau komitmen perhubungan. Statusnya itu membuatkan Emmel sering diperli rakan sepejabat yang melabelkan dirinya seorang wanita yang kuat berangan kerana banyak menulis kisah cinta tapi diri sendiri tidak bercinta.