Skip to content

6 Langkah Mudah Capai Orgasme

6 LANGKAH MUDAH CAPAI ORGASME

Kongsikan artikel ini

Mudah untuk sang suami namun sulit untuk si isteri capai orgasme setiap kali ‘bersama’. Ini helah bantu pasanganmu capai klimaks serta merta!

Bukan lagi suatu yang taboo untuk kita membicarakan hal ini. Kepuasan satu hala dalam perhubungan bukanlah suatu yang cool dan boleh dihadam segelintir wanita. Pasangan hari ini yang tidak lagi seperti dahulu kala yang mana (khusunya wanita) sering memendam perasaan.

Pautan berkaitan: CHECKLIST TERBAIK SEBELUM & SELEPAS SEKS ANDA PATUT AMBIL TAHU

Memang ada kalanya wanita lebih fokus kepada hal keluarga dan kerjaya dan dalam masa yang sama memandang enteng kemahuan di ranjang. Mencapai orgasme atau tidak bukanlah satu perkara yang merungsingkan hati, pada mereka ia sudah memadai bila mana berjaya membuat suami klimaks dan bahagia (makan dan pakai terjaga).

Tidak kira isterimu wanita yang bagaimana, kemahuan seks perlu dibela. Jika anda malu bertanya dan mendapatkan nasihat pakar. We’ve got you covered. Baca langkah mudah di bawah untuk bawa perjalanan asmara bersama isteri jadi lebih bermakna.

Relaks

Ghairah seks akan memudar jika anda tidak cukup rehat dan tidak tenang. Pastikan si dia benar-benar tenang sebelum ke kamar tidur. Jika pelbagai masalah bermain di minda, ajak isteri mandi dan membersihkan diri sebelum adegan panas berlangsung.

Kemudian, secara naturalnya si dia akan berada dalam keadaan tenang untuk beraksi. Pacukan fokus anda kepada kenikmatan yang bakal diperoleh berbanding untuk fokus kepada orgasme masing-masing. Sekaligus minda dan tubuh berada dalam keadaan relaks dan keadaan ini memudah anda dan pasangan mencapai klimaks yang diingini.

Komunikasi

Di dalam apa jua hal di dalam dunia, baik bidang profesional atau pun kekeluargaan, komunikasi merupakan perkara yang amat penting. Jadi, apa jua permintaan dan kemahuan seks anda, cuba bincang bersama. INGAT, anda bukan lah mind reader. Walau sudah hidup bersama bertahun lamanya, namun ada kala anda masih tidak memahaminya.

Untuk mengelakkan rasa tidak selesa atau klimaks yang tidak kesampaian, berdiskusi tentang seks secara terbuka adalah solusi terbaik masa kini. Nyatakan apa yang digemari bersama dan jangan lupa kepada perkara yang kurang digemari bersama. Usah memendam perasaan apatah lagi malu melontarkannya. Anda sudah membina keluarga bersama, jadi tiada alasan lain untuk merahsiakannya antara satu sama lain.

Minta lagi dan lagi

Saat kalian bersama, jika ada yang kelakuan pasanganmu yang menyenangkan hati, beritahunya serta-merta supaya anda tidak lupa untuk nyatakan padanya selepas kalian ‘bersama’. Ada antara kita yang mudah lupa atau tiba-tiba malu untuk membincangkannya. Jadi, saat anda beraksi bersama adalah saat paling ideal untuk memberi input seks yang berguna.

Tidak kira sebelum, sedang atau selepas kalian bersama, yang penting anda beritahunya. Usah diam. Lebih baik untuk minta pasangan lakukannya berkali-kali. Enjoy!

Nikmatinya

Pastikan konsentrasi hanyalah pada babak-babak indah anda berdua kala di kamar beradu. Jika fikiran anda bebas dari sebarang masalah dan gangguan lain, ia akan memudahkan lagi anda mencapai orgasme. Hayati saat anda ‘bersama’, dari belaian mesra, urutan manja, ciuman hangat dan akhirnya membuat anda berlayar dengan mudahnya!

Berfantasi

Berfantasi membuat anda mengikis emosi positif dan hanya fokus kepada keindahan rasa yang sedang anda alami ketika itu. Ya, ada ketika anda banyak berfikir yang bukan-bukan termasuklah kala melakukan hubungan seks.

Never Stop

Apa jua aksi yang anda lakonkan pada saat sang suami sedang klimaks, INGAT, jangan berhenti. Ini kerana pada saat ejakulasi suami, ia adalah saat paling terangsang untuk anda masing-masing. Minta pasangan lakukan stimulasi pada bahagian tubuh yang anda sukai, trik ini akan bawa anda nikmati seks dengan lebih baik.

Foto: gettyimages.com

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS

Bacaan Lanjut

ADAKAH ANDA SEORANG SAPIOSEKSUAL? KETAHUI CIRI-CIRINYA!

Bacaan Lanjut

5 CARA WANGIAN LELAKI TAHAN LAMA DI MUSIM PANAS

Bacaan Lanjut
zakar

10 FAKTA MENARIK TENTANG ZAKAR TIDAK SEMUA LELAKI TAHU

Bacaan Lanjut
5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU ELAKKAN

5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU TAHU

Bacaan Lanjut

POTONG STIM MULUT BERBAU! INI TIP PENCEGAHANNYA

Bacaan Lanjut