Skip to content

HOT DADDY

7 IKON LEGENDA “HOT DADDY” HERO MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Hero-hero Malaysia 50-an membuktikan bahawa usia bukan penghalang, tetap memikat sebagai “Hot Daddy” dengan karisma yang kekal abadi.

Dalam industri hiburan Malaysia, nama-nama besar seperti Hans Isaac, Faizal Hussein dan banyak lagi terus membuktikan bahawa pesona dan daya tarikan tidak terhad oleh usia. Walaupun mencecah usia 50-an , barisan “Hot Daddy” ini tampil lebih matang, bergaya, dan penuh karisma.

Kehadiran mereka di layar kaca dan pentas seni membuktikan bahawa hero-hero ini masih memegang tempat istimewa di hati peminat, sekaligus menjadi inspirasi kepada generasi baharu.

LEGENDA TAMPAN: HERO MALAYSIA 50-AN MASIH BERKUASA!

1.DATO HANS ISAAC (53 TAHUN)

Hot Daddy

Foto: @hansisaac(Instagram)

Siapa yang tidak mengenali watak Khai di dalam filem Cuci (2008) yang pernah menggegarkan panggung wayang di Malaysia. Gerald Hans Isaac, lahir pada 20 Ogos 1971, merupakan seorang pelakon, penerbit, dan pengarah Malaysia yang berpengaruh. Bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang lakonan bahkan beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

2.FAUZI NAWAWI (51 TAHUN)

Hero Malaysia

Foto: onlyfauzinawawi (Instagram)

Muhammad Fauzi Mohd Nawawi, lahir pada 7 Mac 1973, adalah seorang pelakon, pengarah, dan penerbit lelaki Malaysia. Terkenal dengan watak beliau dengan peranan antagonisnya sebagai Jeff dalam filem Anak Halal dan penampilannya dalam siri Gerak Khas. Beliau memenangi Anugerah Skrin 2010 untuk Pelakon Lelaki Terbaik Drama melalui Sebelum Akhirat, dan membuat debut sebagai pengarah dengan filem Pak Pong, yang ditayangkan pada Februari 2017.

3.ZARUL UMBRELLA (50 TAHUN)

Hot Daddy

Foto: zarulumbrella (Instagram)

Zairulkefli bin Husin, lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella lahir 13 November 1973, merupakan vokalis utama kumpulan Umbrella dari tahun 1990-an hingga 1997. Kini kembali bersama kumpulannya dengan single terbaru “HILANG”.

Selain daripada kejayaannya dalam muzik, Zarul juga mencapai tempat ketiga dalam rancangan Gegar Vaganza 2016 terbitan ASTRO. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat sebagai pramugara di Malaysia Airlines selama 17 tahun, sebelum memutuskan untuk meninggalkan jawatannya tersebut.

4.DATO ROSYAM NOR (57 TAHUN)

Hot Daddy

Foto: iamrosyam (Instagram)

Datuk Mohamed Noor Shamsuddin, lebih dikenali sebagai Rosyam Nor, lahir pada 1 Mac 1967. Kehebatan beliau dalam industri ini bukan sahaja  seorang pelakon tetapi juga merupakan seorang penerbit, pengacara, dan usahawan Malaysia yang berjaya. Beliau telah menerima empat Anugerah Skrin, lima Festival Filem Malaysia, dan diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai Pelakon Yang Paling Banyak Menerima Anugerah.

5.ZAMARUL HISHAM (53 TAHUN)

Hero Malaysia

Foto: zamarulhisham93 (Instagram)

Zamarul Hisham Mohamed, lahir pada 9 Mac 1971, adalah seorang pelakon lelaki Malaysia yang dikenali melalui kejayaan cemerlangnya di layar kaca dan layar perak. Beliau memulakan kerjaya lakonannya dengan drama “Melawati Batas Waktu” sebagai Fuad. Daripada sejak itu, beliau aktif  pelbagai drama yang sering kali tampil di saluran TV3, TV2, RTM, dan ASTRO.

6.FAIZAL HUSSEIN (57 TAHUN)

Hero Malaysia

Foto: faizalhusseinofficial (Instagram)

Mohd Faizal Hussein, lahir pada 31 Mei 1967, adalah seorang pelakon lelaki Malaysia yang terkenal dengan pencapaiannya dalam filem dan televisyen. Memulakan kerjaya lakonannya sejak usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972). Faizal juga terkenal dengan filem-filem seperti Gila-Gila Remaja (1986), dan penglibatannya dalam industri perfileman antarabangsa melalui Fighting Madam 2 (1988) dan Misteri Harta Karun (1989), serta siri drama British-Amerika Strike Back: Revolution (2019).

7.EDIKA YUSOF (57 TAHUN)

Hero Malaysia

Foto: edikayusofxx (Instagram)

Mohd Yusof bin Abd Majid, lebih dikenali sebagai Edika Yusof, lahir pada 22 April 1967, adalah seorang pelakon lelaki Malaysia yang terkenal pada era 90-an. Beliau mendapat populariti sebagai model iklan komersial sebelum memasuki dunia lakonan dengan filem Pelumba Malam pada 1989.

Selain berlakon dalam filem, Edika juga terkenal dengan peranan utama dalam cerekarama TV3 Abang Muda bersama aktres Uji Rashid, menjadikannya salah satu figura penting dalam industri hiburan Malaysia pada masa itu.

Pautan Berkaitan: TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA

 

 

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TIDAK DIMAMAH USIA, INI 7 SELEBRITI LELAKI MILIKI WAJAH AWET MUDA

Bacaan Lanjut
REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

REMY ISHAK SERTAI ‘KELAB BAPA’, SUDAH PILIH NAMA BUAT ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
VIDEO WAWANCARA BABAK ROGOL MENGUNDANG KEMARAHAN JOE FLIZZOW

VIDEO WAWANCARA BABAK ROGOL MENGUNDANG KEMARAHAN JOE FLIZZOW

Bacaan Lanjut

BERBALOIKAH DUKUN DITONTON SELEPAS 12 TAHUN DIPERAM?

Bacaan Lanjut