Skip to content

ADAKAH “LE VIOLON D’INGRES” BAKAL MENJADI FOTO YANG TERMAHAL DI DUNIA?

Kongsikan artikel ini

Foto yang dirakamkan oleh artis surrealist, Man Ray berjudul “Le Violon d’Ingres” yang memaparkan tubuh wanita seakan bentuk viola akan dilelong oleh Christie’s pada bulan Mei ini.

Sebuah foto dapat merakamkan jutaan makna, dan foto berjudul “Le Violon d’Ingres” bakal mencipta sejarah selaku foto yang paling bernilai dalam sejarah. Foto hitam dan putih yang dirakamkan oleh artis surrealist, Man Ray ini memaparkan tubuh wanita seakan bentuk viola yang akan dilelong oleh Christie’s pada bulan Mei ini.

“Le Violon d’Ingres” telah dirakamkan oleh Man Ray pada 1924, dan dianggap sebagai foto yang paling popular pernah dirakamkan oleh artis Amerika Syarikat itu. Ia menampilkan muse Man Ray bernama Kiki de Montparnasse. Pengkritik seni menganggarkan ia mampu mencapai nilai jualan di antara US$ 5 juta (RM 20 juta) sehingga US$ 7 juta (RM30 juta) apabila dilelong oleh rumah lelongan berprestij, Christie’s nanti.

Man Ray di apartmentnya di Paris pada April 20, 1970. (Photo by Keystone-France/Gamma-Keystone via Getty Images)

Man Ray, atau Emmanuel Radnitzky dilahirkan pada 1890 dan meninggal dunia pada 1976. Dia merupakan anggota utama untuk gerakan Dada dan Surrealism. Karya fotografinya itu adalah yang paling bernilai daripada koleksi milik pasangan dari New York, Rosalind Gersten Jacobs dan Melvin Jacobs yang merupakan pengumpul karya seni Surrealist yang terkenal.

Jurufoto Jerman, Andreas Gursky di hadapan “Rhein II” (1999) pada 16 February 2007 di muzium Haus der Kunst, Munich, Germany. (Photo credit should read JOERG KOCH/DDP/AFP via Getty Images)

Menurut Christie’s, foto ini digelar antara karya seni abad ke-20 yang paling ikonik. Ia asal itu sudah hampir berusia 100 tahun. Sehingga hari ini, foto “Rhine II” oleh Andreas Gursky memegang rekod sebagai karya yang paling bernilai selepas dilelong pada harga US$ 4.3 juta (RM 18 juta) pada 2011.

 

Foto: Christie’s & Getty Images

Baca lebih lanjut: MELANCONG KE AUSTRALIA? INI LANGKAH-LANGKAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA KE DOWN UNDER

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOTO SEKITAR PERARAKAN PENGEBUMIAN SINEAD O’CONNOR

FOTO SEKITAR PERARAKAN PENGEBUMIAN SINEAD O’CONNOR

Bacaan Lanjut
15 FOTO DETIK PENTING PERMAISURI RANIA YANG JARANG DILIHAT

15 FOTO DETIK PENTING PERMAISURI RANIA YANG JARANG DILIHAT

Bacaan Lanjut
KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

KEBENARAN DI SEBALIK FOTO ROMANTIS NEYMAR & LISA BLACKPINK

Bacaan Lanjut

TELEFON PINTAR VIVO V23E 5G UNTUK FOTOGRAFI SWAFOTO TERBAIK

Bacaan Lanjut

5 SEBAB SIRI VIVO X70 TELEFON PINTAR FOTOGRAFI TERBAIK

Bacaan Lanjut

FOTO SINTESIS: Ismael Ma

Bacaan Lanjut