BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang.
Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan 1 September 2024 yang lalu. Konsert ini disertai dengan sambutan Taeyang yang sudah berada di dalam industri muzik selama hampir dua dekad. Persembahan dari rakan sekumpulannya, Daesung menambah kemeriahan konsert ini. Konsert ini merupakan konsert solo Taeyang yang pertama selama tujuh tahun.
G-Dragon yang asalnya datang untuk memberi sokongan kepada Taeyang muncul di atas pentas tanpa dirancang. Lagu We Like 2 Party dari album MADE pada tahun 2016 dipersembahkan oleh Taeyang bersama Daesung dan G-Dragon. Taeyang dan G-Dragon juga mempersembahkan lagu duo ikonik mereka, Good Boy secara langsung buat pertama kalinya selepas 7 tahun. Aura G-Dragon dipuji orang ramai atas persembahannya yang hebat walaupun setelah sekian lama diam dari industri muzik.
BIG BANG pada asalnya dijadualkan untuk membuat persembahan di festival Coachella pada tahun 2020. Malangnya, festival tersebut dibatalkan atas sebab Covid-19. Pada bulan April 2022, kumpulan ini melancarkan lagu Still Life sebagai tanda selamat tinggal kepada zaman muda mereka sebagai generasi kedua K-Pop.
Selain dari persembahan mengejut dari kumpulan itu, Taeyang juga menjemput rakan artisnya yang lain untuk membuat persembahan di konsertnya. Penyanyi Korea Selatan seperti Somi dan Seventeen BSS juga memeriahkan konsert tersebut dengan persembahan mereka.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA
Selain dari menjadi ketua kumpulan Stray Kids, Bang Chan merupakan penulis dan pencipta untuk kebanyakkan lagu Stray Kids.
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.
10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN
Selain daripada muzik barat, lagu k-pop juga kini mampu mencapai populariti yang sama dan lebih tinggi dalam industri muzik. Dalam dunia K-pop yang terus berkembang, setiap minggu kita akan menyaksikan pelbagai lagu baru mencipta gelombang di kalangan peminat. YouTube Music menjadi platform penting yang memaparkan lagu-lagu paling popular, dan carta teratas mereka sering menjadi petunjuk…
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024
Milan Fashion Week 2024 dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dari serata dunia, termasuklah Korea Selatan.
STRAY KIDS DALAM KEMPEN MUSIM LURUH 2024 TOMMY HILFIGER
Berlatar belakangkan Skyline di Kota New York, Tommy Hilfiger membawa bintang Korea Selatan yang sedang meningkat, Stray Kids.
G-DRAGON BERI KEJUTAN KEPADA PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-34
Sempena meraikan hari istimewanya, G-Dragon membuat kejutan dengan membuka satu lagi akaun Instagram rasmi. Sehingga kini ia telah mencapai lebih 138,000 ribu pengikut.