COVID-19: TIDUR YANG CUKUP KUKUHKAN SISTEM IMUNISASI, UJAR PAKAR SMCV
Penularan wabak Novel Coronavirus (Covid-19) pastinya menyebabkan penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman di kebanyakan tempat habis dijual di seluruh negara. Namun, di sebalik tercetusnya situasi panik, barisan pakar dari Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) menyatakan bahawa tidur adalah cara terbaik dalam meningkatkan sistem imunisasi badan bagi mengurangkan risiko dijangkiti virus tersebut.

Pakar Respiratori Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa menghuraikan sehingga kini masih belum terdapat sebarang vaksin mahupun ubat bagi melawan virus itu memandangkan ia masih di peringkat kajian dan percubaan. Bagaimanapun, apa yang boleh dilakukan oleh masyarakat Malaysia adalah memastikan sistem imunisasi mereka diperkuatkan untuk mencegah daripada dijangkiti wabak Covid-19.

Dr. Nurul Yaqeen Mohd Esa
“Tidur yang cukup dipercayai dapat menambah baik sistem imunisasi badan kita. Kajian menunjukkan 30-40% daripada orang dewasa mengalami kurang tidur, malah tidak mengetahui berapa kadar tidur yang mereka perlukan. Kajian membuktikan sekurang-kurangnya tujuh jam waktu tidur diperlukan bagi seorang dewasa untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Tidur yang tidak cukup menyebabkan sistem imunisasi kita lemah. Kebanyakan doktor dan kakitangan perubatan di China meninggal dunia kerana serangan virus itu, sebahagian daripada puncanya adalah kerana mereka bekerja lebih masa dan kurang tidur,” katanya.

Walaupun jumlah waktu tidur itu penting, faktor lain ketika tidur turut menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan seseorang individu. Tambah Dr. Nurul, individu perlu memberi tumpuan yang baik kepada corak tidur mereka. Berikut, beliau berkongsi 10 tip dalam menjaga sistem imunisasi bagi memastikan ia berfungsi seboleh-bolehnya pada tahap yang baik.
- Rancang jadual tidur yang tetap. Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.
- Lakukan aktiviti senaman secara rutin dan selesaikannya sebelum waktu tidur serta kekalkan berat badan sihat. Aktiviti bersenam yang tetap boleh meningkatkan kualiti tidur dan memberikan kelebihan pada sistem imunisasi.
- Jangan merokok. Ia menyebabkan kemudaratan kepada hampir semua organ dalam badan, memberi risiko kepada banyak penyakit dan mengurangkan kualiti kesihatan kepada perokok secara amnya. Wabak virus Covid-19 khususnya menyerang salur pernafasan dan paru-paru manusia – menjadi seorang perokok pastinya melemahkan paru-paru dan meningkatkan risiko dijangkiti virus Covid-19.
- Pastikan suhu selesa dalam bilik tidur. Bilik tidur yang terlalu panas atau sejuk mungkin membuatkan rasa tidak selesa dan terjaga pada waktu malam.
- Elak minuman berkafein pada lewat petang atau malam. Minum cokelat panas, kopi atau teh pada cuaca sejuk, tetapi bukan pada waktu lewat petang atau malam kerana ia boleh menyebabkan anda tidur lewat.
- Makan buah-buahan, sayuran dan makanan yang mempunyai serat. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin dan mineral yang baik dan diet yang seimbang membantu mengukuhkan sistem imunisasi.
- Jika anda minum minuman beralkohol, ambil pada kadar sederhana. Pengambilan alkohol berlebihan terbukti mempunyai kaitan dengan kesan buruk kepada imunisasi contohnya radang pneumonia. Pengambilan sederhana atau berhenti daripada mengambil alkohol disarankan bagi melindungi daripada jangkitan Covid-19.
- Berhati-hati mengambil ubat daripada kaunter perubatan untuk merawat simptom demam atau batuk. Sebahagian daripada produk ubatan mengandungi bahan yang boleh menyebabkan mengantuk pada waktu malam atau siang.
- Elak menggunakan telefon pintar, komputer atau televisyen sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu tidur. Lampu biru pada skrin boleh menyebabkan anda tidur lewat pada waktu yang sepatutnya.
- Sekiranya anda ada masalah untuk tidur lebih daripada beberapa minggu, atau masalah tidur mengganggu aktiviti harian, maklumkan kepada doktor anda. Terdapat preskripsi ubat tidur yang efektif dan selamat yang membantu merawat penyakit insomnia.
#Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau e-mel kepada smcv-enquiry@sunway.com.my. Maklumat lanjut berkenaan Sunway Medical Centre Velocity, layari www.sunwaymedical.com/velocity (Facebook: Sunway Medical Velocity).
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.











