DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT
Salah satu filem adi wira paling dinantikan penonton, Deadpool 3 bakal ditayangkan di layar perak selepas sembilan bulan.
Filem MCU Phase 5 itu akan menyatukan Ryan Reynolds dan Hugh Jackman (Wolverine) sebagai teraju utama. Menurut laporan, Taylor Swift akan membuat kemunculan dalam Deadpool 3 sebagai Dazzler, mutan yang menghasilkan muzik.
Dazzler atau Alison Blaire ditampilkan dalam komik Marvel sebagai salah seorang ahli X-Men. Berkebolehan menukar getaran bunyi kepada cahaya dan tenaga, dia merupakan sensasi pop di alam semesta Marvel, sama seperti Taylor Swift. Malah penampilan Dazzler saling tidak tumpah seperti penyanyi itu – bermata biru, berambut perang dan tinggi lampai. Disebabkan itu Taylor Swift dilihat sebagai pilihan ideal.

Foto: Inside the Magic
Penglibatan pelantun lagu Anti-Hero itu dalam Marvel Cinematic Universe masih belum disahkan. Bagaimanapun ia dijangka menjadi kenyataan kerana Presiden Marvel Studio, Kevin Feige pernah mendedahkan bahawa dia amat meminati karakter Dazzler. Ryan Reynolds turut meluahkan keterujaannya apabila ditanya mengenai kemungkinan itu tahun lalu.
“Anda bergurau? Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Taylor Swift. Dia seorang artis luar biasa,” katanya dalam satu wawancara bersama ET.
Barisan Pelakon Deadpool 3
Selain Ryan Reynolds dan Hugh Jackman, Jennifer Garner akan menghidupkan kembali peranan ikoniknya sebagai Elektra dalam filem ini. Kemunculan pertamanya sebagai Elektra Natchios adalah menerusi filem Daredevil pada 2003, seterusnya dalam filem solo Elektra pada 2005 sebagai teraju utama.
Matthew Macfadyen yang terkenal dengan peranannya dalam Succession akan turut membuat kemunculan pertama dalam filem ini. Barisan pelakon lain yang akan kembali termasuk Morena Baccarin, Karan Soni, Brianna Hildebrand dan Leslie Uggams.
Satu lagi nama yang disebut-sebut akan menyertai barisan pelakon Deadpool 3 adalah Channing Tatum. Aktor Magic Mike itu dikhabarkan akan menggalas watak komik Gambit. Dia sepatutnya muncul dalam filem solo Gambit pada 2016 malangnya projek itu dibatalkan kerana percanggahan idea.

Foto: EW
Deadpool 3 dijangka menemui peminat filem adi wira Marvel pada 3 Mei 2024.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRANSFORMASI DRASTIK CHANNING TATUM DEMI ROOFMAN & JOSEPHINE
Aktor Magic Mike, Channing Tatum mencuri perhatian peminat dengan perkongsian mengenai perubahan susuknya di media sosial.
SELAMAT TINGGAL ZOE KRAVITZ! CHANNING TATUM TAYANG KEKASIH BARU
Baru empat bulan putus tunang dengan Zoe Kravitz, Channing Tatum dilaporkan sudah pun menemui cinta baru.
DETIK FESYEN RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY YANG PALING DIINGATI
Pasangan popular Hollywood, Ryan Reynolds dan Blake Lively berjaya mencuri perhatian dengan fesyen memukau menerusi stail karpet merah dan gaya jalanan.
LEBIH SETAHUN MENDUDA, HUGH JACKMAN TAYANG KEKASIH BARU
Spekulasi percintaan antara Hugh Jackman dan pelakon gandingannya, Sutton Foster yang tular beberapa bulan lalu nampaknya bukan lagi sekadar khabar angin.
PERCINTAAN CHANNING TATUM & ZOE KRAVITZ PUTUS DI TENGAH JALAN
Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, Channing Tatum dan Zoe Kravitz membuat keputusan membawa haluan masing-masing.
GAYA BERPASANGAN TERBAIK RYAN REYNOLDS & BLAKE LIVELY
Power couple Hollywood ini berjaya mencuri perhatian dengan penampilan fesyen memukau bukan saja menerusi stail karpet merah tetapi juga gaya jalanan.